Wednesday, February 23, 2011

Saya BANGGA.

Selaku usahawan, saya mesti berperinsip dan memperbaiki disiplin, dalam dunia perniagaan untung rugi adalah adat resam, begitu juga saya, beberapa kali jatuh dalam bisnes, dan beberapa kali gagal kerana buatan ,

Yang saya bangga pada diri saya ( bukan perasan ) adalah kerana saya tidak pernah putus asa dalam perjuangan ini walaupun pernah kecewa J , walaupun saya pernah gagal beberapa kali dengan angka ratusan ribu, tp saya tetap semangat walaupun kekadang semangat itu menurun tetapi tidak terlalu lama ia akan kembali meninggi dan mendongak.

Alhamdulillah saya mempunyai rakan niaga yang kebal dan hebat, mereka selalu memberi semangat secara langsung dan tak langsung sehingga saya terasa terhutang bodi… opsss terhudang budi pada mereka, kerana mereka telah menunjukkan jalan yang betul dan lurus didalam gelap tanpa meraba raba, itulah kehebatan mereka yang saya damping. Tima kasih rakan.

Dalam kegawatan yang saya alami ini hanya segelintir saje mengetahui, ada antaranya memuji dan tidak kurang juga mencemuih keadaan saya ini, saya ucap terima kasih kepada kedua pihak ini, ia membuatkan motivasi saya semakin tinggi dan bersemangat, walaupun cemuhan itu menyentuh deria perasaan saya tetapi ia tidak kekal lama dan ia hilang dengan begitu saje setelah saya tidak menghiraukannya dan saya terpaksa dipaksa dan memaksa diri saya utk focus kepada kerja yang dibuat ini. Dengan ini juga saya terdetik untuk meyakini perkataan ini yang saya ungkap “keyakinan terletak pada usaha, begitu juga usaha terletak pada keyakinan, hubungan baik kedua2nya adalah umpama darah daging.Dari sini lah saya bergerak dan bertapak.

Banyak Hikmah berlaku disebalik kejadian ni, saya bersyukur dan bersangka baik terhadap ALLAH taala, semua ini dalam pengatahuanNYA. Bergerak dari sini juga banyak perkara pokok yang membuatkan saya lebih teruja dan lebih berdisiplin, dari sini juga saya terfikir bentuk perniagaan yang perlu saya buat dan lebih ceria dan rapat dengan pelanggan yang dianggap sebagai RAKAN NIAGA, lebih berkomunikasi walaupun masih belum sempurna dan sudah pasti hampir mustahil kesempurnaan dimiliki. Dengan rakan niaga memahami keadaan dan bertoleransi ia membuatkan saya lebih bersemangat. Keakraban silaturahim lebih terserlah , dan ini bukan bermakna sebelum ini tidak ada silaturahim tetapi saya lebih merasai kecerian itu bila keadaan begini, walaupun keadaan ini seolah olah “mensikitkan” masa saya bersama rakan setugas.

Saya sebagai usahawan baju muslimah SINAR INSPIRASI, pasaranya sudah meluas, Alhamdulillah, sudah ramai mengenali, dari situasi inilah terciptanya system yang saya akan lakukan bersama RAKAN NIAGA dengan lebih selamat, tersusun, dan sudah pasti saya mencari sesuatu yang lebih baik dengan erti kata “win win situation” .. DROPSHIP menjadi pilihan saya bersama RAKAN NIAGA. Setiap rakan sudah pasti RISIKO hampir tiada, tidak kalut, tersusun, tidak mengganggu byk masa, fikiran lebih terfokus, keuntungan lumayan, dan yang pasti usaha mesti bersepadu untuk mendapatkan income yang berbaloi,

Ketakutan saya bersama rakan niaga hanya satu, oleh kerana kelebihan yang sebutkan diatas itu adalah asas agen utama DROPSHIP , kemungkinan besar ia menjadikan rakan lebih “lunak” atau malas kerana tidak mencabar dan berisiko, boleh dilakukan sesuka hati sekiranya mau, boleh tinggalkan sekiranya malas, .. oh~ ruginya peluang yang ada, seolah olah cara ini adalah “suapan” terhidang.

Dari sini juga idea saya tercetus untuk mengelakan RAKAN menjadi bosan dan tidak bersedia, tp ia juga menjadi ketakutan kepada RAKAN.. ahhh… biarkan idea ini hanya bermain di kepala saya saje.. rasanya tidak perlu diperluaskan kepada RAKAN semua, memadai dengan situasi peluang yang telah diberikan tadi, rasanya sudah cukup, apa lagi yang nak ditambahkan lagi, “RISIKO hampir tiada, tidak kalut, lebih tersusun, tidak mengganggu byk masa, fikiran lebih terfokus, keuntungan lumayan, dan yang pasti usaha mesti bersepadu untuk mendapatkan income yang berbaloi,” .. sudah cukup bukan?.. tak mungkin rakan inginkan lagi cabaran disini… sebab semua itu sudah menyedapkan hati…

Tidak pandai lagi ingin mencoretkan dengan sulaman yang lebih baik dari itu, hanya idea yang mencabar sahaja… jadi.. saya berhenti menaip… wassalam

www.sinarniaga.com