Sunday, April 17, 2011

Apakah dropshipping... edisi SINAR INSPIRASI

Apakah dropshipping...

Jika sebelum ini anda tidak pernah mengenal erti apa itu dropship dan jika sebelum ini juga anda tidak pernah mengetahui tentang potensi yang tersedia melalui dropshipping maka disini kami percaya dan yakin bahawa perkara yang anda tidak pernah kenal dan tahu potensinya sebelum ini akan menjadi satu perkara yang tidak akan anda dapat lupakan kerana tujuan kami sepenuhnya ingin membuka ruang dunia baru untuk anda yang pasti ruang dunia baru itu hanya bermula dengan keselesaan dari rumah anda sendiri.

Dropship adalah satu fenomena bukan sahaja di Malaysia bahkan fenomena bak sebuah badai ini telah melanda diseluruh dunia dikala ini dengan hanya diberi satu a

lasan sahaja yang mana ia tidak mampu disangkal lagi bahawa anda semua mempunyai peluang yang sangat hebat untuk mencipta keuntungan besar melalui kaedah mempromosikan pelbagai produk yang tersedia tanpa hadnya.Dan dengan semua ini, anda tidak pula perlu mengeluarkan beribu ringgit pun untuk menyediakan stok. Dengan kata yang lebih mudah, anda menjual tanpa perlu menanggung stok dan tidak perlu mengeluarkan modal yang besar bahkan ada masanya anda berniaga tanpa modal.

Fikirkanlah hal ini,dengan dropshipping inilah anda mempunyai akses kepada nilai perdagangan asli tanpa perlu menghabiskan ribuan ringgit anda untuk menghasilkan diskaun keatas barang yang anda perlukan. Dropshiper inilah yang akan melakukan untuk anda.

Anda mampu untuk mencipta keuntungan tanpa pernah memiliki kerumitan untuk membeli ataupun melihat produk-produk - kami melakukan segalanya ini untuk anda. Keuntungan menjadi agen

da utama untuk anda. Ini suatu kelebihan untuk anda, untuk ahli. Ini bermakna anda perlu menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak atau sedikit keuntungan yang anda inginkan. Ianya bergantung kepada kesesuaian waktu anda sendiri. Jika anda hanya meluangkan beberapa jam sahaja seminggu anda masih mampu menikmati manfaat dari dropshipping ini bagi memenuhi keperluan kewangan anda., kerana anda HANYA memerlukan beberapa jam sahaja dalam seminggu dari waktu kehidupan anda.

TETAPI jika sekiranya anda memutuskan yang anda mempunyai waktu yang lebih banyak terluang, anda sendiri mampu mendedikasikan waktu anda untuk membina perniagaan anda sendiri pada kelajuan yang anda inginkan sehingga sampai pada tahap anda berasa selesa anda mungkin boleh memikirkan

untuk menambah jajaran produk untuk rangkaian perniagaan anda. Pilihan sentiasa di tangan anda dan dalam masa yang sama Sinarniaga akan sentiasa aktif tanpa mengira masa mencari dan meluaskan rangkaian produk-produk baru untuk ditambah kedalam website. Dalam erti kata lain, ANDA SENTIASA mempunyai pilihan dari pelbagai produk yang anda ingin hasilkan keuntungan untuk diri anda sendiri.

DROPSHIPPING STEP

Sertai www.sinarniaga.com

Dapatkan akses untuk melayari jajaran produk kami

Promosikan produk-produk kami yang menjadi pilihan anda

Pelanggan anda membayar kepa

da ANDA untuk produk pilihan mereka

Anda membuat pesanan melalui Sinarniaga

Anda membayar kepada Sinarniaga untuk pesanan anda

Pesanan anda akan dihantar terus kepada pelanggan anda

Anda mendapat keUNTUNGan anda

Dengan SEMUDAH itu sahaja

Ini FAKTA..!! anda tidak perlu membayar semata-mata untuk menyediakan stok. Inilah kebenaran yang tersedia di Sinarniaga. Ia juga merupakan suatu tarikan yang tersedia di Sinarniaga dan juga kelebihan yang dimiliki oleh ahli-ahli sinarniaga. Maka anda juga tidak akan pernah sama sekali dan sememangnya tidak perlu untuk membayar sejumlah wang anda untuk menyediakan stok. Apa yang hanya perlu buat adalah, anda HANYA perlu membayar pada jumlah pesanan anda untuk tempahan pelanggan anda, ITU SAHAJA...!! Dan SELEPAS pelanggan anda telah membayar kepada anda dan TUGAS anda hanya perlu pastikan segala transaksi telahpun sempurna 100%

. MUDAH KAN..!!

Untuk mepermudahkan lagi segala detail diatas, kami memberikan anda peluang untuk mengakses pelbagai produk kami untuk anda membuat jualan dan keuntungan tanpa sesekali perlu melihat produk tersebut ataupun membayar produk tersebut untuk dijadikan stok. Dalam erti kata lain anda tak perlu untuk menyimpan apa-apa stok dirumah anda! dan anda juga tak perlu terpaksa membayar ribuan ringgit sebagai pendahuluan semata-mata bagi mendapatkan harga yang lebih baik. Ianya begitu mudah. Inilah perniagaan dirumah yang sangat cantik.

Ramai individu di eropah malahan di seluruh dunia melihat dropshipping ini sebahagian dari cara hidup mereka, kerana kesemua kesulitan dalam perjalanan perniagaan telah diketepikan dan dipermudahkan. Kerana ia adalah sistem automatik, yang mana anda hanya perlu membuat promosi berterusan sahaja keatas

beratus-ratus item yang tersedia tanpa perlu berurusan secara bersemuka dan terus. itulah idealnya. Dengan cara ini anda mempunyai lebih banyak masa untuk mencipta keuntungan sendiri.

Adakah ini suatu perniagaan dari rumah yang berbaloi-baloi.?

Anda sudah tahu jawapannya dan begitu juga dengan beribu-ribu lagi isi rumah yang lain sudah menggunakan dropshipping untuk menghasilkan pendapatan yang hebat untuk keluarga mereka.

sila klik link RAKAN NIAGA SINAR INSPIRASI untuk ke group di FACEBOOK


ANDA MAMPU BERJAYA DENGAN USAHA ANDA YANG TIADA GANGGUAN EMOSI KERUGIAN

Sunday, April 3, 2011

JADILAH TERBAIK

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.


2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.


3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.


4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...


5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu.


6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.


7. Jangan menunggu keuntungan baru bekerja, tapi bekerjalah, maka keuntungan akan menunggumu.


8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.


9. Jangan menunggu banyak uang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah, bukan sekadar uang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.


10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.


11. Jangan menunggu sukses baru bersyukur. Tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu.


12. Jangan menunggu mampu baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti mampu!:)


semoga berjaya...

www.sinarniaga.com .. www.shop.inspirasimuslimah.com

Tuesday, March 8, 2011

sungguh Mulia Nabi Muhammad S.A.W

NABI MUHAMMAD s.a.w DENGAN PENGEMIS BUTA

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada

juga yang tidak mempedulikannya langsung.


Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.


Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.

Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.

“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.

“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.


Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.

“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.

“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.

“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.

“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.

“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.

“Ya benar. Kamu tidak percaya?”


“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.


“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..

Wednesday, February 23, 2011

Saya BANGGA.

Selaku usahawan, saya mesti berperinsip dan memperbaiki disiplin, dalam dunia perniagaan untung rugi adalah adat resam, begitu juga saya, beberapa kali jatuh dalam bisnes, dan beberapa kali gagal kerana buatan ,

Yang saya bangga pada diri saya ( bukan perasan ) adalah kerana saya tidak pernah putus asa dalam perjuangan ini walaupun pernah kecewa J , walaupun saya pernah gagal beberapa kali dengan angka ratusan ribu, tp saya tetap semangat walaupun kekadang semangat itu menurun tetapi tidak terlalu lama ia akan kembali meninggi dan mendongak.

Alhamdulillah saya mempunyai rakan niaga yang kebal dan hebat, mereka selalu memberi semangat secara langsung dan tak langsung sehingga saya terasa terhutang bodi… opsss terhudang budi pada mereka, kerana mereka telah menunjukkan jalan yang betul dan lurus didalam gelap tanpa meraba raba, itulah kehebatan mereka yang saya damping. Tima kasih rakan.

Dalam kegawatan yang saya alami ini hanya segelintir saje mengetahui, ada antaranya memuji dan tidak kurang juga mencemuih keadaan saya ini, saya ucap terima kasih kepada kedua pihak ini, ia membuatkan motivasi saya semakin tinggi dan bersemangat, walaupun cemuhan itu menyentuh deria perasaan saya tetapi ia tidak kekal lama dan ia hilang dengan begitu saje setelah saya tidak menghiraukannya dan saya terpaksa dipaksa dan memaksa diri saya utk focus kepada kerja yang dibuat ini. Dengan ini juga saya terdetik untuk meyakini perkataan ini yang saya ungkap “keyakinan terletak pada usaha, begitu juga usaha terletak pada keyakinan, hubungan baik kedua2nya adalah umpama darah daging.Dari sini lah saya bergerak dan bertapak.

Banyak Hikmah berlaku disebalik kejadian ni, saya bersyukur dan bersangka baik terhadap ALLAH taala, semua ini dalam pengatahuanNYA. Bergerak dari sini juga banyak perkara pokok yang membuatkan saya lebih teruja dan lebih berdisiplin, dari sini juga saya terfikir bentuk perniagaan yang perlu saya buat dan lebih ceria dan rapat dengan pelanggan yang dianggap sebagai RAKAN NIAGA, lebih berkomunikasi walaupun masih belum sempurna dan sudah pasti hampir mustahil kesempurnaan dimiliki. Dengan rakan niaga memahami keadaan dan bertoleransi ia membuatkan saya lebih bersemangat. Keakraban silaturahim lebih terserlah , dan ini bukan bermakna sebelum ini tidak ada silaturahim tetapi saya lebih merasai kecerian itu bila keadaan begini, walaupun keadaan ini seolah olah “mensikitkan” masa saya bersama rakan setugas.

Saya sebagai usahawan baju muslimah SINAR INSPIRASI, pasaranya sudah meluas, Alhamdulillah, sudah ramai mengenali, dari situasi inilah terciptanya system yang saya akan lakukan bersama RAKAN NIAGA dengan lebih selamat, tersusun, dan sudah pasti saya mencari sesuatu yang lebih baik dengan erti kata “win win situation” .. DROPSHIP menjadi pilihan saya bersama RAKAN NIAGA. Setiap rakan sudah pasti RISIKO hampir tiada, tidak kalut, tersusun, tidak mengganggu byk masa, fikiran lebih terfokus, keuntungan lumayan, dan yang pasti usaha mesti bersepadu untuk mendapatkan income yang berbaloi,

Ketakutan saya bersama rakan niaga hanya satu, oleh kerana kelebihan yang sebutkan diatas itu adalah asas agen utama DROPSHIP , kemungkinan besar ia menjadikan rakan lebih “lunak” atau malas kerana tidak mencabar dan berisiko, boleh dilakukan sesuka hati sekiranya mau, boleh tinggalkan sekiranya malas, .. oh~ ruginya peluang yang ada, seolah olah cara ini adalah “suapan” terhidang.

Dari sini juga idea saya tercetus untuk mengelakan RAKAN menjadi bosan dan tidak bersedia, tp ia juga menjadi ketakutan kepada RAKAN.. ahhh… biarkan idea ini hanya bermain di kepala saya saje.. rasanya tidak perlu diperluaskan kepada RAKAN semua, memadai dengan situasi peluang yang telah diberikan tadi, rasanya sudah cukup, apa lagi yang nak ditambahkan lagi, “RISIKO hampir tiada, tidak kalut, lebih tersusun, tidak mengganggu byk masa, fikiran lebih terfokus, keuntungan lumayan, dan yang pasti usaha mesti bersepadu untuk mendapatkan income yang berbaloi,” .. sudah cukup bukan?.. tak mungkin rakan inginkan lagi cabaran disini… sebab semua itu sudah menyedapkan hati…

Tidak pandai lagi ingin mencoretkan dengan sulaman yang lebih baik dari itu, hanya idea yang mencabar sahaja… jadi.. saya berhenti menaip… wassalam

www.sinarniaga.com

Sunday, January 30, 2011

Aku dan Kamu Tidak Ingin Kecundang Lagi......

Setelah beberapa kali "kecundang" tapi masih boleh bertahan, seboleh bolehnya aku ingin mengelaknya berlaku lagi, aku ingin terus bergerak maju seiring dengan kerangka lakaran yang telah dibuat bersama rakan rakan,

Aku termotivasi dengan tindakan aku dan dibantu dengan sokongan semangat rakan rakan, yang pasti setiap hari aku memohon dengan ALLAH agar dipermudahkan usaha selepas ujianNYA yang hebat selayak dengan kemampuan hambaNya ini, kesilapan yang lepas harus ditinggalkan/
Seringkali aku menulis rancangan yang aku ingin lakukan, bilamana hampir siap aku teruja, sesungguhnya aku mengelak dari menjadi "tin kosong" , aku pasti lakukan, aku melakar angka yang aku mampu lakukan dalam masa tempoh yang sesuai, aku mengkaji seberapa baik, aku memohon bantuan rakan rakan yang juga "pejuang" sebenar dalam dunia arus keusahawanan, bantuan mereka bukan sedikit bermula dengan sokongan semangat dan kerjasama.


Persaingan semakin membesar, sekiranya ia masih dalam persaingan kita perlu lebih kreatif dan inovatif, perlu memenangi "peperangan" ini, walaupun kita tidak ingin berperang tetapi kita perlu mempertahankan diri dengan "senjata" yang lebih baik. kita tidak mengatahui senjata mereka gunakan sekiranya kita hanya bersangka baik, perlu kajian juga.

Walaupun "kecundang" dalam beberapa kes, tetapi "juara" dalam hal yang lain, aku dindingkan kelemahan dengan membuka kehebatan. terserlah kehebatan ini dengan kerjasama beberapa "pejuang hebat". kombinasi antara kehebatan bersama ia menjadi payung yang mampu berteduh dikala hujan yang lebat, apatah lagi kalau hujan renyai.

Urusan ini bukan berseorangan
, ia adalah asas networking dengan ramai masyarakat yang inginkan kejayaan walaupun ia nampak mudah tetapi ia mungkin sukar , ini bermakna mudah kepada yang berkeinginan, dan susah kepada yang ingin sahaja kemudahan. perlu berusaha dan bekorban masa dan keinginan lain.

perniagaan dengan sistem yang menarik tentu sekali menarik ramai orang yang ingin melakukan bersama, apabila kerjasama yang erat dan kajian yang terperinci dan saling menasihati dan memberi pandangan sudah tentu dengan kalimah insyaALLAH ia akan berjalan dengan lebih licin dan laju.

Dengan ini saya menjemput rakan rakan semua menganggotai group FB saya iaitu RAKAN NIAGA SINAR INSPIRASI, untuk menjadi DROPSHIPPER kami dengan gembiranya.

Anda TIDAK PERLU
  1. menyimpan stok
  2. membungkus
  3. pengeposan
  4. modal yang besar
  5. memikirkan kerugian modal
  6. dan banyak lagi
kerana itu semua kami akan buatkan bagi pihak anda...

Mudahkan? oh! tidak semudah yang anda sangka itu kerana ada beberapa lagi yang anda perlu lakukan



Anda PERLU BUAT

  1. Promosi
  2. cari pelanggan
  3. promosi
  4. dapatkan pelanggan
  5. promosi
  6. pelanggan buat bayaran
  7. buat tempahan dari kami
Oh, susah ke?.. tak larat ke? tak ada masa ke?, rumit ke?, menggangu ke?

sekiranya begitu tidak usah bersama kami, anda memang tidak layak.

jutaan terima kasih sekiranya anda berminat untuk bekerjasama dengan kami,

jom kita buat duit.

wassalam

www.inspirasimuslimah.com



Tuesday, January 25, 2011

‎13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

http://blog.uhs4all.ws/

Sunday, January 23, 2011

DROP SHIP - Sinar Inspirasi akan wujudkan Drop Ship kepada RAKAN NIAGA

INGIN BERNIAGA?

Ingin berniaga tapi tiada modal yang banyak?

Ingin cuba-cuba berniaga?

Ada modal tapi tidak tahu memulakan bisnes atau produk apa yang ingin dijual?

Mahukah anda berniaga tanpa modal yang besar dan tidak perlu mempunyai kedai atau menanggung stok?

Kami memperkenalkan konsep ‘Dropship’ kepada anda di mana anda berniaga tanpa memerlukan modal yang besar dan tidak perlu menyimpan stok.


APAKAH DROPSHIP?

‘Dropship’ adalah suatu kaedah atau jualan item dan hanya membayar pada barangan yang dijual.Ianya memberi keuntungan yang besar atas kaedah pengedaran yang lain, yang jelas anda tidak perlu menanggung item yang tidak terjual atau harus menghasilkan produk sendiri.

Dengan kata yang lebih mudah,anda menjual tanpa perlu menanggung stok dan tidak perlu mengeluarkan modal yang besar bahkan ada masan

ya anda berniaga tanpa modal!

BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?

Dropship berfungsi sangat mudah:

1 - Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers / website.

2 - Senarai item di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.

3 - Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka

kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.

4 - anda mendapat keuntungan dengan mudah!














KONSEP DROPSIP MELALUI GAMBARAJAH

Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda!

Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan - bergantung pada waktu yang anda gunakan.

Jika anda hanya mempunyai cadangan beberapa jam per minggu, anda masih boleh menikmati manfaat dari dropshipping untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kerana anda HANYA memerlukan beberapa jam per minggu dan tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang.

Anda kemudian akan mampu mendedikasikan waktu anda untuk membina perniagaan anda mengikut kemahuan anda sendiri. Dan setelah anda merasa selesa dan yakin, anda mungkin memutuskan untuk menambah jajaran produk lain untuk perniagaan anda!

Salah satu tarikan dropshipping adalah anda tidak perlu memikirkan untuk membeli stok dan menyimpan stok. Anda hanya membayar kepada dropshipper untuk order pelanggan setelah pelanggan anda membayar kepada anda, dan kami akan menguruskan segala – galanya sehingga memastikannya sempurna.

APA YANG DITAWARKAN OLEH DROPSHIP?

Dropship menawarkan keuntungan sebagai berikut:

1) Anda tidak perlu stok persediaan sama sekali. Apabila anda menerima pesanan anda hanya perlu menempah dengan kami dan kami akan menghantar terus kepada pelanggan anda. Kami akan melakukan semua pembungkusan dan penghantaran untuk anda.

2) Rangka masa untuk tempahan sampai adalah 1~ 3 hari waktu bekerja.

3) anda akan dapat menambah semua detail produk kami ke website anda. gambar kami dan fail data yang akan membolehkan anda untuk mengimport semua produk kami. Anda boleh mencari senarai produk-produk kami dan semua gambar pada laman sokongan pelanggan-pelanggan kami.

4) Penghantaran kami adalah dalam MALAYSIA sahaja.

5) Semua urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia(RM).

6) Semua harga penghantaran kami dikira berdasarkan harga kos penghantaran termasuk 6% cukai kerajaan.

Sekiranya masih terdapat pertanyaan sila hubungi:

SINAR INSPIRASI NIAGA SDN BHD

3-26 PLAZA GM, LORONG HAJI TAIB 5,

JALAN RAJA LAUT,

50350 KUALA LUMPUR.

TEL: 03-4043 1192


join Rakan Niaga Sinar Inspirasi ( klik )

Customer Service

Peraturan 1.
Kenali Produk Anda Sedalam Mungkin

Anda tidak akan menjadi efektif dengan pelanggan anda jika anda TIDAK mempunyai pemahaman yang penuh terhadap produk anda & kebolehan anda.Tiada jalan singkat untuk anda Berjaya dengan mudah & dalam masa yang singkat.

Pelanggan hanya mahukan satu perkara.Mereka hanya mahukan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi dengan cepat & mudah.

Kebolehan anda untuk menyediakan satu penyelesaian kepada permasalahan pelanggan adalah sangat kritikal & perlu dititik beratkan.Disinilah bermula segalanya.Walau sehebat mana sekalipun produk yang anda tawarkan, khidmat pelanggan sebelum, semasa & selepas jualan adalah sangat penting kerana bukan sahaja menaikkan lagi kredibiliti anda malah merupakan salah satu kaedah promosi percuma paling senang.

Ok, realitinya sekarang adalah anda perlu menguasai produk anda – itu adalah paling asas dalam mana-mana perniagaan.Ia bukan sesuatu yang anda boleh abaikan kerana ini merupakan suatu perkara yang anda perlu mahir & capai.

“ Chase your product knowledge because it will pay dividens! “

======================================


Peraturan 2
Jangan Memburukkan Pesaing Anda

Boleh dikatakan dalam setiap industry atau bidang perniagaan mempunyai pesaing masing – masing yang tersendiri, termasuklah anda yang tidak terkecuali.

Setiap pesaing anda mempunyai sesuatu yang berbeza, cara yang berlainan, atau sebab musabab yang tersendiri.Dan disinilah anda perlu memainkan peranan untuk mengkaji/mengetahui produk pesaing anda disamping mempunyai cukup informasi/maklumat/kelebihan produk anda sendiri supaya anda dapat memasarkan produk anda dengan lebih lagi.

Anda perlu berfikir apa faedah/kelebihan produk anda daripada pesaing anda.

Tetapi perlu diingat bahawa anda tidak akan menang dengan pesaing anda jika melakukan perkara yang buruk! – Jangan Memburukkan Pesaing Anda.

Jika anda berjaya mendapatkan kontrak jualan/membekal produk, ini bermakna anda telah Berjaya menjual produk/perkhidmatan anda – Anda telah berjaya menjual diri anda! Perlu juga anda ingat bahawa pelanggan TIDAK akan membeli dari penjual yang TIDAK digemarinya.Ini adalah satu fakta & anda perlu mengambil berat mengenainya.

Fikirkan tentang ayat dibawah;
“ Bilakah kali terakhir anda membeli sesuatu dari seorang penjual yang anda tak suka? “

Perkhidmatan yang profesional memerlukan anda sentiasa berada pada tahap tertinggi.Anda perlu berkomunikasi dengan pelanggan anda tentang kelebihan/faedah produk anda tanpa mengutuk pesaing anda!

Saturday, January 22, 2011

Memberi Peluang - Bekerjasama

Aku mengalami kerugian akibat kelalaian yang tidak disengajakan atau mungkin disengajakan tanpa pengatahuan . Aku memperolehi modal beratus ribu RM tetapi aku lalai dan tamak sebelum itu menyebabkan hanya mampu membayar hutang . perniagaan yang bukan bidang aku telah aku ceburi, maka ia mengalami kerugian yang memang patut aku lalui

ia mengajar aku mengerti akan FOKUS. bidang perniagaan aku adalah PAKAIAN, aku telah memandai cuba ceburi diluar bidang. Yesss!!! itu kesilapan yang semestinya aku akui.

Dan ada beberapa masalah yang tidak disengajakan yang menyebabkan kerugian ini. Tetapi keyakinan masih membara kerana ia tetap mempunya NICHE tersendiri

walaupun perniagaan aku meningkat maju dan permintaan tidak pernah mengurang tetapi kerana hutang sebelum ini membelenggu perjalanan perniagaan aku.

overhead kos yang sangat tinggi menyebabkan keuntungan tidak seberapa. Kini aku mengerti dengan kedegilan aku sebelum ini membuatkan aku terfikir dan terdisiplin dengan sendirinya. Aku kecilkan kos overhead dan aku tingkatkan keuntungan margin.

semakin kecil kos overhead, dan semakin tinggi keuntungan menyebabkan aku sedikit bernyawa, dari situ juga aku membuat satu sistem yang agak terancang dan berdisiplin aturannya untuk terus berkembang pesat. Sistem yang lebih teratur ini membolehkan hasil jualan meningkat tinggi dari sebelumnya.

Keyakinan semakin membara, hanya menunggu stock yang mencukupi agar ia lebih berjalan lancar, wakil jualan menunggu masa aku mengumumkan pelancaran sistem terbaru ini, mereka tanpa risiko membolehkan keuntungan.

DROPSHIP adalah sistem yang aku gunakan, walaupun aku telah mempunyai wakil jualan yang ramai dengan bermodalkan sedikit sahaja sudah memadai alangkah hebatnya lagi mereka itu semua menggunakan cara jualan tanpa modal, hanya mengambil masa yang sedikit sahaja untuk menjual. cara yang bijak ini membolehkan wakil jualan membuat jualan melalui dua cara, iaitu online dan offline, keduanya menguntungkan malah mungkin tidak merugikan.

DROPSHIP dan KATALOG adalah asas yang sama, satu online satu lagi offline, cara ini berkesan dan tersusun. Sekarang hanya memerlukan modal secukupnya utk mengadakan stock yang tersedia.

wakil jualan stokis mencecah 87 orang semuanya, wakil jualan biasa mencecah 400 orang. mereka ini bersedia bila bila masa sahaja untuk bergerak menjual dengan jayanya.. mereka masih menunggu stok mencukupi.

masalah yang belaku terhadap aku mereka tidak ingin peduli, yang penting stok cukup mereka terus bergerak tanpa hentinya.. itulah hakikat sebenar.

Beberapa rakan lain ingin bekerjasama untuk menjayakan cara ini, keyakinan yang tinggi mengatasi ketakutan dan kekecewaan. Walaupun begitu aku perlu mencukupkan modal yang setimpal

Dan keyakinan juga 1000 agen jualan akan mendaftar pada tahun ini, cara promosi dan pemasaran sudah berjalan. Hanya menunggu masa sepatutnya

ADAKAH ANDA INGIN MEMBANTU SAYA, kita bekerjsama dalam bidang ini. WIN WIN SITUATION

utk mengatahui lebih lanjut boleh hubungi saya

proposal akan diketengahkan

sidry@sinarinspirasi.com
012-9085066