Sunday, January 23, 2011

Customer Service

Peraturan 1.
Kenali Produk Anda Sedalam Mungkin

Anda tidak akan menjadi efektif dengan pelanggan anda jika anda TIDAK mempunyai pemahaman yang penuh terhadap produk anda & kebolehan anda.Tiada jalan singkat untuk anda Berjaya dengan mudah & dalam masa yang singkat.

Pelanggan hanya mahukan satu perkara.Mereka hanya mahukan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi dengan cepat & mudah.

Kebolehan anda untuk menyediakan satu penyelesaian kepada permasalahan pelanggan adalah sangat kritikal & perlu dititik beratkan.Disinilah bermula segalanya.Walau sehebat mana sekalipun produk yang anda tawarkan, khidmat pelanggan sebelum, semasa & selepas jualan adalah sangat penting kerana bukan sahaja menaikkan lagi kredibiliti anda malah merupakan salah satu kaedah promosi percuma paling senang.

Ok, realitinya sekarang adalah anda perlu menguasai produk anda – itu adalah paling asas dalam mana-mana perniagaan.Ia bukan sesuatu yang anda boleh abaikan kerana ini merupakan suatu perkara yang anda perlu mahir & capai.

“ Chase your product knowledge because it will pay dividens! “

======================================


Peraturan 2
Jangan Memburukkan Pesaing Anda

Boleh dikatakan dalam setiap industry atau bidang perniagaan mempunyai pesaing masing – masing yang tersendiri, termasuklah anda yang tidak terkecuali.

Setiap pesaing anda mempunyai sesuatu yang berbeza, cara yang berlainan, atau sebab musabab yang tersendiri.Dan disinilah anda perlu memainkan peranan untuk mengkaji/mengetahui produk pesaing anda disamping mempunyai cukup informasi/maklumat/kelebihan produk anda sendiri supaya anda dapat memasarkan produk anda dengan lebih lagi.

Anda perlu berfikir apa faedah/kelebihan produk anda daripada pesaing anda.

Tetapi perlu diingat bahawa anda tidak akan menang dengan pesaing anda jika melakukan perkara yang buruk! – Jangan Memburukkan Pesaing Anda.

Jika anda berjaya mendapatkan kontrak jualan/membekal produk, ini bermakna anda telah Berjaya menjual produk/perkhidmatan anda – Anda telah berjaya menjual diri anda! Perlu juga anda ingat bahawa pelanggan TIDAK akan membeli dari penjual yang TIDAK digemarinya.Ini adalah satu fakta & anda perlu mengambil berat mengenainya.

Fikirkan tentang ayat dibawah;
“ Bilakah kali terakhir anda membeli sesuatu dari seorang penjual yang anda tak suka? “

Perkhidmatan yang profesional memerlukan anda sentiasa berada pada tahap tertinggi.Anda perlu berkomunikasi dengan pelanggan anda tentang kelebihan/faedah produk anda tanpa mengutuk pesaing anda!

No comments:

Post a Comment