Monday, December 20, 2010
PERBEZAAN DI ANTARA SEORANG USAHAWAN DENGAN PENIAGA SITUASI USAHAWAN DENGAN PENIAGA
SITUASI USAHAWAN DENGAN PENIAGA
1.Tidak mendapat ruang perniagaan
Usahawan : Mereka akan mengusahakan atau mencipta ruang niaga alternatif.Mereka nampak banyak tempat dan ruang baru yang berpotensi yang boleh dijadikan medan niaga baru
Peniaga : Akan manjadikan itu masalah pokok yang berat.Mereka lebih memetingkan ruang niaga tradisional,konvensional dan yang telah tersedia
2.Produk kurang laris
Usahawan : Mereka mengkaji kekuatan dan kelemahan produk masing-masing dan menggembeling daya kreatif dan inovatif untuk menyerlahkan produknya
Peniaga : Mereka akan menyalahkan lokasi atau kuasa beli pengunjung/pelanggan yang rendah
3.Lokasi kurang strategik
Usahawan : Mereka akan merungut juga tetapi akan segera membuat kajian dan mencari jalan agar lokasi tersebut boleh diserlahkan
Peniaga : Mereka akan mengeluh dan merungut dan mencari jalan untuk berpindah
4.Mendapat kritikan negatif pelanggan
Usahawan : Rasa sedih dan kecewa.Segera bertindak agar tiada pelanggan kedua yang akan mengkritik benda yang sama
Peniaga : Rasa amat sedih dan kecewa.Moral jatuh dan rasa marah pada yang mengkritik
5.Menerima bangkangan ahli keluarga
Usahawan : Sedih dan kecewa dan memencilkan diri untuk seketika.Berusaha keras agar berjaya dengan lebih cepat
Peniaga : Sedih dan kecewa.Menjauhkan diri dari sanak-saudara.Atau ada yang retaliate yakni membalas balik kata-kata mereka
6.Menerima saingan sengit
Usahawan : Walaupun pahit,hakikatnya saingan adalah satu yang sihat.Ia akan mendorong kita untuk tidak cepat merasa selesa dan berpuah hati. Kita harus bertanya,kenapa bisness jenis ini ramai sangat orang yang nak ikut buat?
Peniaga : Marah kepada pesaing,kenapa mereka ni,ada macam-macam jenis bisnes tetapi bisnes macam aku ini juga yang dia nak buat.Buat dekat-dekat dengan tempat aku pulak tu!
7.Apabila bisnes menghadapi kebuntuan atau gagal
Usahawan : Ia merasa kecewa.Ia akan segera mengkaji di mana silapnya.Bisnes bukan sekadar satu mata pencarian bahkan ia satu komitmen,maruah dan harga diri.Dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan bengkit dengan lebih bersemangat dan bijaksana
Peniaga : Ia merasa gelap masa depan kerana baginya bisnes adalah sumber mata pencarian.Ia merasa amat terpukau dan ia akan menyalahkan nasib yang tidak menyebelahi dirinya
MANFAAT MASA MUDA INGIN BERGELAR USAHAWAN BERJAYA,JATUH BANGUN CABARAN BIASA DUNIA BISNES
kredit untuk http://usahawanmelayuboleh.blogspot.com/2010_05_01_archive.html
Saturday, December 18, 2010
7 Asas Memupuk Fikiran POSITIF
1. Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.
2. Tumpukan pada nilai-nilai murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.
3. Elak emosi negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.
4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.
5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
6. Jangan ambil kisah cakapan orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.
7. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.
Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.
Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak “give up”.
Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda! ANDA BERJAYA..!!!
www.inspirasimuslimah.com
Tuesday, October 5, 2010
25 CIRI CIRI USAHAWAN BERJAYA
JIKA mahu dinyatakan dalam satu ayat, usahawan itu mempunyai sifat sentiasa inginkan kecemerlangan dalam usaha perancangannya. Itulah sebabnya dikatakan bahawa usahawan itu hidup bernafaskan kejayaan. Usahawan sentiasa ingin berjaya dan bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya.
Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.
Berikut adalah antara sifat penting yang perlu diketahui:
1. Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.
2. Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.
4. Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.
5. Sering mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.
6. Mencari persekitaran yang baik
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.
7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu
Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.
8. Tampuk kawalan
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.
9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.
10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.
11. Kesediaan menerima tanggungjawab
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.
12. Keupayaan mencuri peluang
Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan me¬ngaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupay¬a¬an mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti pen¬ting seseorang usahawan berjaya.
13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.
14. Konsep diri yang positif
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.
15. Belajar dari keputusan
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.
16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.
17. Berorientasikan perancangan
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.
18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.
19. Menetapkan matlamat
Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.
20. Ubah suai pentadbiran
Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.
21. Kemahiran pengurusan
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.
22. Rasa kemanjuran (semangat waja)
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya
23. Kepimpinan
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.
24. Kuat berusaha
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.
25. Pandai membuat keputusan
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.
" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."
(Majalah Sukses - 10 September 09)
klik disini untuk paparan web asal
Saturday, September 25, 2010
AMALAN YANG TERPUJI
Menurut akhbar Guardian, hari ini Mark Zuckerberg akan menderma sebanyak $100 juta untuk memulihkan sistem persekolahan awam di Newark.
Newark merupakan salah satu bandar metropolitan terburuk di Amerika Syarikat kerana mempunyai kadar jenayah, korupsi, kemisikinan dan pengangguran yang tinggi.
Perkara Baik Kita Contohi
Melalui berita ini, kita dapat lihat salah satu kelebihan orang kaya.
Oleh kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi kewangan, mereka mampu membuat perubahan (change) dalam kehidupan orang lain.
Ketika zaman Rasulullah SAW, ramai sahabat yang kaya seperi Abdul Rahman Bin Auf danTholhah Bin Ubaidillah menderma kebanyakan dari harta mereka untuk membantu golongan yang memerlukan.
Malah mereka menderma untuk perjuangan Islam. Kita perlu mempunyai azam untuk mencontohi amalan kebajikan yang mereka tunjukkan.
Azam sahaja tidak mencukupi, tetapi kita perlu berusaha dan bekerja kuat untuk menjadi manusia yang hebat.
"Kekuatan dan kemajuan hanya akan datang melalui usaha dan kerja kuat yang berterusan." - Napoleon Hill
petikan dari IlovIslam.com
Monday, September 20, 2010
Kisah budak berniaga!!!
Kisah budak berniaga!!!
Hari-hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke
K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan
lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.
Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir
pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki -
berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak
apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih
kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri
pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
dia berlalu begitu saja.
"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... "
Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek
budi bahasanya!
Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke
premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum
dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga
makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu
saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka
pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya
menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih
kurang
12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya
untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali
sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul
dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian
di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not
merah RM10. Saya hulurkan padanya.
" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya
berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima
kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya
gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata
saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat
tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah
kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu
saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak,
mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya,
saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
bakul itu.
"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah
saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan
satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia
mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya
statusnya. Anak yatim kah??
Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi
kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya
satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn
saya, siapa kita sebenarnya!! ! ---
AGAKNYALAHKAN... KALAU KANAK-KANAK TU ADALAH KITA, ADAKAH KITA AKAN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA?
Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat
Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat
by Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh
Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi” – Dato' Mohd Nadzmi
Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah tengahari PUNB bertajuk " Revitalising Companies – The Way Forward” pada 27 Julai 2004.
Bermula dari dunia korporat, Dato' Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA, Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini sinonim dengan nama beliau.
Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering memberi tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya dalam dunia perrniagaan :-
Ini adalah nasihat beliau:
• Anda mesti mempunyai sikap rajin
• Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato' Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.
Mengikut Dato' Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat ‘A' dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat ‘A' dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A' dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.
• Anda mesti mempunyai keyakinan diri
• Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato' Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato' Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.
• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta
• Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.
• Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan
• Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .
• Belajar dari kesilapan
• Menurut Dato' Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem', kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.
• Ambil tindakan berasakan keutamaan
• Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato' Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Beliau kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.
• Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab
• Menurut Dato' Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasaalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.
Dato' Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan penting seseorang itu perlulah:-
- melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik
- mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah
- kreatif dalam membuat keputusan
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.
Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.
BILA KITA FOKUS PADA DIRI KITA DAN MASALAH KITA,KITA RASAKAN DUNIA INI TIDAK ADIL,SEOLAH SEMUA MANUSIA MENYALAHKAN KITA..TAPI BILA KITA FIKIRKAN TENTANG PENDERITAAN ORANG LAIN DAN CUBA MENYELAMI MASALAH MEREKA..SEDARLAH KITA BAHAWA KITA DIKELILINGI NIKMAT-NYA YANG TIDAK BERBELAH BAGI…MASYAALLAH…
Thursday, September 16, 2010
PERBINCANGAN SETERUSNYA
Friday, September 10, 2010
SALAM HARI RAYA AIDILFITRI
segala puji bagi ALLAH yang meliputi semua alam...
Thursday, July 29, 2010
7 Tabiat Orang Yang Berjaya
Motivasi kejayaan - 7 Tabiat Orang Yang Berjaya - Steven Covey
1.Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.
2.Mula dengan wawasan di dalam minda
Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.
3.Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.
4. Fikirkan Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.
5. Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.
6. Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.
7. Tajamkan pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.
semoga berjaya semua.
Saturday, July 24, 2010
KATA KATA HIKMAH
- Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
- Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
- Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
- Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
- Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
- “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
- Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
- Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
- Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
- Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
- Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
Kenapa yahudi bijak?
Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”
Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,
ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah -buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi
ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!
Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya
negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera
terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai. Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
USAHAWAN DAN MANFAATNYA
Usahawan adalah bidang yang dimuliakan Islam. Nabi SAW bersabda, "9/10 rezeki dari daripada perniagaan." Dalam hadis yang lain, Baginda bersabda, "Sebaik-baik rezeki yang dimakan oleh seseorang ialah dari apa yang diusahakan oleh tangannya sendiri."
Usahawan yang tidak lalai dari mengingati Allah walaupun penuh kesibukan adalah orang yang terselamat daripada tipu daya syaitan. Sesungguhnya ramai manusia yang sibuk dengan pekerjaan duniawi lantas mereka lupa kepada Allah.
Firman Allah, "Syaitan telah menguasai ke atas diri mereka, sehingga ia melupakan mereka dari mengingati Allah." (Al-Mujadalah : 19)
Syeikh Ibrahim Adham, seorang Sufi yang terkenal pernah berkata, "Satu saat jujur dalam perniagaan lebih ku kasih dari ibadah sepanjang malam".
Pernah beliau bertemu dengan sahabatnya yang berada di satu tempat dengan hanya menumpukan ibadah dan mendapat rezeki dari pemberian orang. Lalu Syeikh bertanya kenapa ia berkeadaan begitu, jawab sahabatnya, "Saya pernah berada di padang pasir, saya melihat seekor burung yang patah sayap tetapi ia hidup dan sihat. Saya memerhati bagaimana ia mendapat rezeki, saya melihat seekor burung terbang ke arahnya dan memberi ia makan, lalu aku berkata dalam hatiku, 'Demi Allah , seekor burung pun dijamin rezekinya oleh Allah SWT, apatah lagi manusia,' lalu aku duduk begini tanpa menghiraukan rezekiku". Lalu berkata Syeikh, "Sayang sekali, kenapa kamu menjadi burung yang patah sayap? Kenapa kamu tidak mahu menjadi burung yang terbang mencari dan memberi rezeki". Lalu sahabatnya pun bangun dan mencium dahinya, "Engkaulah Guruku, demi Allah aku akan meninggalkan tempat ini untuk menjadi burung yang terbang."
Alangkah mulianya menjadi usahawan jika ia menjadikan niatnya untuk agama, dengan mengagihkan kekayaannya untuk membantu manusia, menyebarkan kasih sayang melalui hartanya, menyejukkan hati manusia dengan hartanya, membantu kaum yang lemah, membantu anak-anak yatim, membantu saudara yang memerlukan, membantu menguatkan agamanya, membantu menyebarkan agamanya, ia bagaikan bank bagi manusia. Ia takut pada Allah kerana ia faham harta bukan miliknya tetapi milik Allah untuk mengujinya.
Wahai para Usahawan,
Sayangilah dirimu, sayangilah kehidupanmu, sayangilah pekerjaanmu. Lihatlah sejarah Islam, demi Allah, Islam berkembang di seluruh pelusuk Asia ini dari tangan para saudagar. Mereka menggunakan segala kepandaian dan kekayaan mereka untuk menyebarkan agamanya. Mereka dihormati bukan kerana kekayaan tetapi kerana kemuliaan yang mereka perolehi atas usaha membawa manusia kepada Islam. Mereka memancarkan wajah kasih sayang. Manusia tertambat hati bila melihat mereka, kerana kerendahan dan kemesraan yang ditunjukkan tanpa sifat sombong dan angkuh. Mereka memiliki jiwa yang mencintai Tuhan dan menjadikan nafsu, hartanya di bawah kaki bukannya di hati.
Wahai para usahawan, wahai para Hartawan,
Allah memerintah kamu mengeluarkan zakat, hakikatnya bukan sahaja Allah menyuruh kamu mengeluarkan harta dari tanganmu tetapi juga mengeluarkan kekotoran dari hatimu iaitu mencintai harta dan sifat bakhil. Kerana ianya juga adalah najis pada pandangan Allah.
Bagaimana kamu mahu menyembah Tuhan jika pada pakaian atau tubuh badan kamu terkena najis? Begitu juga, bagaimana kamu mahu menyembah Tuhan jika dalam batinmu adanya najis sedangkan ia tempat pandangan Tuhan.
Sayangnya Tuhan pada hamba-Nya. Ia mewajibkan kamu membayar zakat, memperbanyakkan sedekah serta infaq supaya hatimu bersih dari kekotoran dunia. Dunia adalah bangkai dalam pandangan Nabi SAW. Sesiapa yang mencintainya bagaikan anjing yang mencintai bangkai.
Allah memuliakan kamu di akhirat sebagai usahawan yang bersyukur. Jagalah dirimu daripada kesombongan, ia pembunuh kasih sayang. Jika kamu gagal, pandanglah hikmahnya dan jangan berputus asa. Jika kamu jatuh, walau beratus atau beribu kali, hendaklah kamu bangun dan terus bangun. Anak-anak yang kecil tidak akan berjaya berjalan jika ia takut untuk jatuh. Allah akan bersama dengan orang yang sabar, orang bertawakal dan orang yang gigih berusaha.
Jika Tuhan memberi kamu kejayaan dan limpahan keuntungan, ingatlah bahawa kejayaan itu dari Allah SWT. Jangan jadi seperti Qarun yang mengatakan kekayaan itu dari kebijaksanaannya semata-mata, lalu Allah hancurkan ia bersama dengan hartanya. Bersyukurlah kamu dengan cara menyebarkan kekayaan kamu agar manusia memperolehi manfaat dari kekayaanmu. Sebarkan kasih sayang dengan melebarkan empayar perniagaanmu agar dapat memberikan manusia peluang pekerjaan. Mereka dapat memberi makan minum, pendidikan kepada anak-anaknya serta keluarganya melalui rezeki pekerjaan itu.
Sebarkan dan bantulah mereka, bukan sahaja di kalangan saudara se-Islammu tetapi sebarkan ia kepada semua agama dan bangsa di seluruh pelusuk dunia. Janganlah kamu berniaga atau berpersatuan dengan niat untuk menjatuhkan kaum atau bangsa tertentu, ia adalah assobiah. Jadilah usahawan yang niatnya untuk ibadah, jadikan ia sebagai ibadah dakwah sebagaimana saudagar Islam dahulu.
Kejayaan dan kekayaan kamu membawa manusia melihat keindahan dan kehebatan Islam. Hati mereka tersentuh dan tertarik dengan Islam. Mereka menghulurkan tangan kepadamu untuk menyerah diri kepada Islam. Mereka melihat keimanan, melihat kasih sayang, melihat kejujuran, melihat kamu tidak tamak mengaut keuntungan untuk dirimu semata-mata. Mereka melihat kamu mengamalkan konsep mencapai kejayaan bersama, tiada yang rugi dan hancur diatas kejayaanmu, tiada yang dikorbankan malah kejayaanmu menjadi obor kejayaan mereka.
Wahai para usahawan dan hartawan, jika kamu berjaya, pandanglah anak bangsamu, saudara se-Islammu dengan pandangan kasih sayang. Bantulah mereka dengan menghimpunkan anak-anak muda untuk diberikan kesedaran, semangat dan curahkan ilmumu kepada mereka. Bantulah mereka menjadi orang yang berjaya agar Islam dipenuhi muslim yang hebat dan berjaya.
Lahirkan seramai mungkin usahawan yang berjaya agar kekayaan dipegang oleh hamba yang soleh, yang memanfaatkan kekayaan itu untuk kebaikan. Bumi akan tersenyum indah, kekayaannya berada ditangan orang-orang yang soleh.
Janganlah kekayaan kamu hanya berlegar di kalangan kamu, janganlah kamu sombong di atas muka bumi ini. Allah membenci orang yang sombong. Banyakkan menangis di malam hari, hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, hadapkan dirimu dengan bayangan ketakutan Abdul Rahman bin Auf, Saidina Osman bin Affan, Saidina Abu Bakar radiaLlahu anhum. Mereka adalah hartawan yang menjadi kebanggaan Allah, para malaikat dan Nabi, kebanggaan langit dan bumi. Sejarah telah mengukir nama mereka sebagai usahawan dan hartawan yang berjaya menyebarkan keimanan dan kasih sayang.
Tuesday, July 20, 2010
JANGAN BERALASAN
antara alasan yang selalu terpancul ... "aku bukan dilahirkan utk jadi usahawan", " aku malu", " aku tak pandai " " aku ada kelebihan terhadap benda lain " " aku tak modal" .. " aku tak layak" keluarga aku tak bagi " dan macam2 lagi yang sememangnya perkataan nagetif utk kemajuan..
cakap Nasrun " aku boleh buat benda ni takkan orang lain tak boleh.. aku pun kerja makan gaji jgk.. tp aku bleh kedepankan lagi masa2 aku utk mencari rezeki....." terbaik utk nasron.. thumb up
percaya lah.. kita perlu mencari kebenaran utk kejayaan.. bukan mencari keburukan utk kelemahan.. setiap orang sememangnya ada kelebihan.. selama mana kita beralasan.. selagi itu lah kita terkebelakang walaupun kita antara pembual terbesar dikalangan kita.. semua tau itu ini.. tp hakikatnya kita adalah orang yang suka beralasan... jika kita lebihkan usaha tentu kita akan lebih berjaya... itu janji alam... hukum alam...
kita yang perlu menjadikan sejarah yang hebat utk diri keluarga dan masyarakat.. semua orang menidamkan sesuatu kemewahan dan keselesaan.. jangan tipu!!!.. jangan tunjuk baik utk menidakan kemalasan kita...
buktikan.. buktikan..
Monday, July 19, 2010
KEMATIAN
ibu sedara sabit ku pergi kerahmatulLLah.. di panggil ke tmpt asal.. bertemu dengan ALLAH utk menerima pembalasan yang baik setelah ditimbang insyaALLAH.. selesai dikebumikan sahaja.. anak dan cucu yang begitu ramai.. sepupu sepipit yang banyak.. kemesraan terjalin rapat.
semasa arwah masih idup.. ia sangat baik dengan ramai orang.. peramah.. pandai menjaga anak2 sehingga kejayaan kehidupan terserlah...
hari ni aku tidak banyak kerja ingin dilakukan.. banyak berehat.. esok ada kursus kewangan bersama INSKEN.. di kota bharu...
anak kepada arwah seramai 10 orang.. hebat2 belaka.. baik semua.. peramah.. humor.. oh~ sangat hebat.. kami kagum dngn keluarganya...
orang pasir mas... dengar citer cantik2 dan lawa... yes. betul betul menarik dan sedap mata memandang..
hampir 100 orang mengiringi jenazah diperkebumian.
hari ni aku akan ke kebun manggis aku di pasir mas...
MASIH DALAM PERJALANAN
dari masalah tersebut.. terbinanya satu peluang yang besar.. tercetusnya idea2 yang menarik.. aku bikinkan idea ini bersama kawan2 ku yang masih bersama.. walaupun ramai diantara kawan2 ku yang masih trauma dengan masalah2 masing2.. tp dengan kekentalan yang dapat meng"nyah"kan masalah tersebut dengan senyuman sinis masing2..
denyupan jantung masih laju... ah- itu lah tandanya masih ada debaran... tp tak mengapa.. ia hanya bersifat sementara.. apa tidaknya.. sebelum ini pun ada juga masalah2 yang tiba... tp ia pergi tanpa diingati sebagai kudis... tp sebagai obor...
permasalah pertama yang baru timbul setelah masalah2 yang lalu adalah rakan kongsi aku sendiri memohon berdikari sendiri.. beliau keluar dari menjadi rakan kongsi ku.. sebahagian dari alasannya adalah ingin berdikari tanpa ada "bayangan" nama ku.. bak kata pepatah "orng lain bleh berdikari kenapa aku tak boleh"... itu antaranya.. dan ada juga disebaliknya utk menyenangkan beliau keluar.. aku ibarat seolah2 tiada guna.. dimomokkan namaku dengan kelemahan yang sangat ketara yang ada pada diri aku ini kepada kenalanku samada kawan atau pun "lawan" ... bergembira sebahagianya mendengar kelemahan yang ada pada diri ku...
oh~ aku tidak persalahkan dia.. yeee!!! aku yang bersalah.. aku punyai kelemahan yang tidak mungkin aku menjadi sempurna, .. itulah hakikatnya... membelek kelemahan sudah pasti akan terpapar megah... usah disembunyikan. ia muncul kepada sesiapa pun... terbukti aku bukan maksum.. tp aku ingin memiliki "syurga" juga... nah!! akan ku buktikan.. akan ku imbangkan kebanggaan ku dengan kelemahanku...
dari hari2 kehari aku nampak cerahnya pejalanan yang ada didepan sana... cuma belum ku capai lagi...
sebahagian dahannya sudah ku capai.. alhamdulillah... step by step kata org tanah merah... aku terima hakikatnya...
skrng aku cuba sedaya upaya mengubah cara aku .. oleh kerana kelemahan aku dah terdedah kepada ramai orng.. aku perbaiki sebaik mungkin.. tima kasih yang memberi pandangan dan kritikan.. dan tima kasih kerana "ingin berdikari" ... aku belajar sesuatu yang terbaik utk diri aku dan kawan2 ku yang lain dalam masa terdekat... Tuhan jadikan ini adalah utk kebaikan ramai orng.. termasuk dia... insyaALLAH...
sebelum ini ada satu masalah yang sangat tersentuh hati... kutukan dari pelanggan berkenaan dengan cara tindakan terhadap produk yang agak kelam kabut.. pembaikian sedang dilakukan...
Saturday, July 10, 2010
PERJALANANKU YANG MASIH PANJANG
Ketika kisah ini di tulis, daun- daun getah yang tua berguguran di belakang rumah di kampung aku. Beberapa batang pokok sudah kelihatan daun-daun muda mula tumbuh.tumbuh bersama harapan baru.sinar baru..begitu jugak aku..
Beginilah kisahku bermula..xxxxx
Aku mula berniaga ketika umur aku awal 20an. Masa tu aku berada tahun ke 2 di kuliah. aku buka satu kedai pakaian bundle. aku kongsi 3 orang sahabat yang sama minat dengan aku. Peringkat awal perniagaan kami berjalan lancar. Namun atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, kedai pakaian bundle terpaksa ditutup. Ia mampu bertahan setahun setengah sahaja. Tidak rugi tapi terpaksa tutup.....
Aku kembali dengan cara lama aku berniaga. Aku bawak pakaian bundle yang terpilih dengan menaiki motor. Masuk pakaian dalam beg galas, aku merata mencari custumer. Sasaran aku muda mudi yang stylo. Disamping aku promote pakaian yang aku bawak, aku bagi mereka BISNES KAD. Aku praktis cara ni melalui pembacaan aku. Banyak buku-buku marketing yang aku baca dan aku praktikkan.
Tiga bulan selepas itu, perniagaan pakaian bundle aku berkembang lagi. Sekali lagi aku buka kedai. Kali ini dikampung aku dan hak milik aku sepenuhnya tanpa berkongsi dengan sapa-sapa. Alhamdulillah market aku berkembang dengan cepat sehingga beberapa negeri tahu kewujudan kedai aku. Seronok Tuhan saja yang tahu.
Bermodalkan duit yang aku pinjam dengan kawan-kawan dan keluarga, aku membuat order lagi. Namun nasib tidak menyebelahi aku. Pakaian yang aku bawa masuk seterusnya out of date. Terpaksa jual bawah modal untuk clear stok dan memang rugi. Maka hutang aku pun bertambah. Adeehh..sudah la jatuh, tangga pulak jatuh atas kepala aku..hehe.
Dalam dunia bisnes aku tak pernah putus asa. aku baru 3 tahun bergiat dalam dunia bisnes. Kalau masuk university, dalam masa 3 tahun kira sudah dapat degree. Sudah bermacam-macam bisnes yang aku buat dengan kaedah pemasaran yang pelbagai.Cuma belum dapat merasai kebebasan dalam soal kewangan. Maksud aku mempunyai simpanan untuk masa depan. Tapi tak apa, aku terus berusaha.
‘Tiada apa yang boleh dibuat jika seseorang itu menunggu sehingga segalanya sempurna supaya tiada siapa pun boleh mencari kesilapan langsung dengan cadangannya’..
Part 2
Aku cari lagi modal dengan keluarga dan buka pula kedai printing. Aku jadikan anak buah aku sebagai partner. Kedai tersebut berkembang maju. Banyak order yang aku dapat. Segalanya aku buat sendiri. Bermula dengan tak tahu apa-apa terutama tentang designer, aku belajar sendiri dan aku buat. Aku buat marketing sendiri dengan menaiki motor ke kedai- kedai atau ke premis yang bersesuaian. Tak cukup dengan itu, aku upah budak- budak untuk mengedar flyers tentang bisnes aku.
Rupanya tidak lama ia dapat bertahan. Akibat kurang berhati-hati, aku rugi lagi. Kali ini bukan sikit. SERATUS RIBU melayang entah ke mana. Bagi aku modal 100k tu memang banyak, terlalu banyak untuk bisnes kecil seperti aku.Itulah saat paling tragis dalam hidup aku. Masa tu anak sulung aku masih kecik dan isteri aku pulak tidak bekerja. Hutang semakin bertambah. Seminggu tak keluar rumah. Otak shut down. Tak tau nak buat apa..
Aku ambil satu keputusan dan aku serah kepada anak buah aku teruskan bisnes tersebut. Sementara dia boleh berdikari, aku tolong dari belakang cari market. Ketika itu aku fikir kalau aku masih bersama mungkin aku tak dapat merasa apa-apa. Aku cari peluang lain dan aku tahu apa aku hendak buat.
‘Gagal merancang adalah seperti merancang untuk gagal.’
Tidak lama selepas itu, aku mencuba pula satu perniagaan lain iaitu membuat poster motivasi. Perancangan aku poster tersebut akan di pasarkan ke sekolah-sekolah. Aku mendapat banyak maklumbalas yang positif dari cikgu-cikgu. Cuma mereka kata masa kurang sesuai sebab dah dekat nak periksa. Memandangkan modal dah banyak aku keluarkan dan poster berlonggok depan mata, aku redah jugak masuk sekolah-sekolah walaupun sambutan kurang memuaskan. Alhamdulillah dapat la sikit duit poket untuk meneruskan hidup.
Sebenarnya sudah berpuluh-puluh bisnes aku cuba. Tujuannya ingin tau pasaran. Alhamdulillah majoritinya aku tahu cara untuk pasarkan dan siapa pembelinya. Alhamdulillah juga aku bangga dengan diri aku sebab aku rasa aku kuat semangat.
Aku tak akan berhenti. Aku akan teruskan selagi termampu. Aku tak akan menyerah kalah. Aku ingin berjaya seperti orang lain yang berjaya. Aku akan usaha sedaya mungkin. aku usahakan sekarang dengan perancangan yang telah aku tetapkan. Idea ini aku cedok dari orang-orang yang telah berjaya. Aku harap korang semua doakan aku dan kita semua yang sebangsa dan seagama agar terus berjaya...to be continue..
Part 3
Sememang aku dibesarkan dalam famili yang background bisnes. Ibu dan bapa aku seorang PERAIH beras dan ikan. Aku selalu ikut mereka jual barang. Kadang-kadang aku selit jual mercun kat budak-budak. Banyak jugak dapat jual. Aku jual 'TIKAM' papan..hehe.. tu zaman kanak-kanak dulu. Aku antara budak-budak yang berduit sebab aku selalu jual banyak barang.
Paling menarik pada awal 90an, masa tu aku jual sup dan sayur yang dimasak oleh mak aku. Bungkus dalam plastik, bawak raga kiri kanan pergi menjaja rumah ke rumah dalam kampung aku. Sambil-sambil tu aku laung la 'sup sup.. panas-panas.. baru masak.. sedap..' hehe..bisnes ni aku buat hanya di bulan posa.. balik sekolah je dalam pukul 3 petang aku start lah.
Tiap-tiap hari aku jalan kaki jual sup tu tapi selama seminggu. Lepas tu bapak aku bagi pinjam motor dia. Aku guna motor lepas tu. Masa menjaja ke setiap rumah tu ada jugak tuan rumah tanya,' weii awang..mu tak malu ke niaga macam ni..' heheh.. Aku jawab nak malu apa rezeki halal bleh duit plak tu. Satu je yang paling aku tak suka pergi ialah rumah yang ada anak perempuan..hehehe.. susah cari makan maa..haha
Dari situ dapatlah aku beli baju raya kat supermarket dengan duit sendiri. Bisnes ni aku buat selama 3 tahun hanya dalam bulan posa sahaja tanpa kedai dengan cara menjaja rumah ke rumah macam jual ikan. Seronok dan ada hikmatnya. Bila aku pikir balik memang seronok sekali masa tu. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan pengalaman tu pada aku.
Antara jenis perniagaan yang aku lakukan dari zaman kecik sehingga kepada apa yang aku buat sekarang.
1- Jual ikan sawah. Aku cari sendiri kat sawah. Kadang-kadang aku ikut belakang mesin padi. Seperti jugak Aiman, aku tak kisah dengan kerja ni. Cuma satu saja, kalau ada lintah aku cabut. Pukat pun aku tinggal. Aku memang takut dengan menatang ni..hehe.
2. Jual ular mainan, stiker. Kira bagus jugak la. Dapat RM20 sehari sudah dikira lumayan pada masa tu.
3- Jual udang bubu. Aku ikut bapa aku cari udang kat sungai..
4- Jual ibu kayu musim banjir. Ubi kayu ni nenek aku yang punya. Bawak ngan kereta sorong rumah kerumah.
5- Jual tembikai orang kampung.. cari gerai dan bawak ngan beca...
6- Jual ayam pencen. Abang aku ambik dari negeri sembilan. Masa tu aku kat sekolah menengah.
7- Jual stiker jenama kelab bola. Sticker ni aku ambik dari Thailand. Jual kat pasar malam. Cari tapak-tapak yang tersorok. Tumpang cerah lampu orang sebelah.
8- Jual mercun musim raya. Jual sekali dengan kain pelikat dan baju raya. Sampai skarang pun aku. Tiap-tiap tahun.. hehehe
9- Buka gerai jual goreng pisang. Aku ada resepi sendiri.
10- Jual jersi bola ke Tanah Arab. Permintaan tinggi tapi nak lepas kastam memang susah.
11- Jual buku-buku sekolah dan alatulis. Hari-hari aku masuk ke sekolah cari pasaran. ( boleh jadi kaya cepat buat bisnes ni)
12- Jual pakaian bundle.
13- Jual ubat-ubatan. Kadang-kadang aku jual juga yang MLM punya.
14- Jual bunga daun getah dan barangan untuk perkahwinan. Sambutan agak menggalakan.Cuma aku tak sempat nak layan kerana bukan bidang aku. Sekadar test market saja.
15- Jual pakaian baru.
16- Masuk Persatuan Usahawan. Dapat jawatan timbalan presiden. Masa ni lah aku try buat seminar untuk usahawan dan budak-budak sekolah.
17- Buka kedai printing. Kedai ni masih beroperasi sehingga sekarang.
18- Dapat order dari kerajaan. Aku terima apa saja yang di order oleh buyer. Itu pun setakat yang aku mampu la.
19- Dari itu semua aku melangkah terus ke hadapan lagi dengan menubuhkan satu ofis untuk urusan perniagaan di China.
‘Kota Rom tidak dibina dalam masa satu hari, begitu juga kejatuhannya..’
Satu hal yang penting dalam bisnes kita perlu berpijak dibumi yang nyata. Kena tahu logik dalam bisnes. Jangan ikut panglipur lara yang menulis. Dalam bisnes apa pun kena ambik masa untuk berjaya. Tidak ada laluan mudah.
Kalau laluan mudah seperti ayam bandar, 35 hari sudah boleh dijual dan dimakan. Tapi ingat kerana ia berbahaya dan penuh dengan racun-racun. Salah satu perangai ayam bandar ni, kalau dia tak de makanan buntut kawan pun dia patuk. Tahi dia pun dia makan sebab mudah sangat dia membesar.Kawan dia kena sembelih pun dia tengok je.
Cuba tengok ayam kampung, berbulan baru besar. Kalau kawan dia kena sembelih, dia akan riuh rendah beritahu kawan-kawan lain supaya waspada. Ayam kampung jugak aktif walaupun tidak di suap. Nak tangkap dia pun susah. Ok..nampak logik tak?
Part 4
Ada satu bisnes aku buat dulu iaitu jual lampu kristal orang panggil ‘cendelia’ entah betul ke tidak namanya. Produk ini aku ambil kat Cairo dikilanya sendiri. Nama kilang tersebut ASFOUR. Awal-awal memang laku sangat. Anda tahu berapa seunit lampu ni? RM 3 ribu dan aku menjualnya dengan harga RM9 ribu. 5 unit pertama yang aku order semuanya habis dijual. Lampu tersebut aku pasang sendiri kat rumah costumer.
Selepas melihat kepada sambutan yang menggalakkan, aku order 8 unit lagi. Tapi yang menjadi lawak pada masa tu, aku tak boleh pasang balik lampu yang aku cabut-cabut dulu. Aku cabut semua skru-skru yang dipasang untuk mudah di masukkan dalam kotak. Bila sampai Malaysia, aku dah tak ingat nak pasang balik macam mana. Ada pulak skru yang tidak cukup termasuk kristal yang digantung kat lampu tersebut. Kat situ aku rugi dalam RM8 ribu juga. Adeehh..
Di Asfour aku order jugak gelang-gelang kristal. Pada masa itu akulah orang yang terawal membawa masuk gelang kristal ke Malaysia. Masa tu jugak la gelang kristal dari Korea dan Thailand di bawa masuk oleh peniaga-peniaga lain. Persaingan menjadikan bisnes gelang kristal ini semakin perlahan dan akhir menemui ajalnya..hehe..
Dalam masa yang sama, aku jugak jual botol dan ubat ‘shisya’ yang orang Arab hisap tu lah. Benda ni famous kat kedai makan kat Bangsar sebelum kena roboh kemudiannya. Tapak kedai makan tu dah jadi Bangsar Village sekarang.Maka lenyaplah perniagaan orang Melayu kat situ. Itulah nasib bangsaku di tanah air sendiri.
Balik pada cerita aku, bisnes shisya pada peringkat awalnya. Lepas tu seorang kawan aku buka kedai shisya. Aku share lah botol dan ubat tadi. Nak dijadikan cerita, kedai tersebut tutup. Botol aku pun dijual tapi duit dia bagi. Ada sekali aku jumpa dia, aku minta la botol shisya yang masih ada kat dia. Dia kata sayang nak bagi. Lawak betul! Macam dia tak ingat yang botol kat kedai dia tu sebahagiannya botol aku. Hehe.. tak pa la . nak buat macam mana.
Dalam bidang perniagaan target market mesti besar. Anda perlu ada rujukan peribadi ataupun ‘rancangan perniagaan’ anda sendiri. Ia adalah rujukan anda untuk mengenalpasti masa, tempat dan potensi pasaran sesuatu perniagaan yang anda akan ceburi. Ini menjadikan anda lebih kuat dan bersemangat. Ini juga la yang aku buat.
Aku selalu buat plan target market dan jualan terbesar dalam RP aku. Dengan cara ni aku tahu sejauh mana sesuatu perniagaan itu berpotensi untuk maju kehadapan. Begitu juga dengan macam mana nak dapatkan RM sejuta dalam tempoh setahun atau dua tahun. Walaupun nampak mudah di atas kertas, ia bukan semudah yang di sangka bila kita laksanakan kelak. Tapi percayalah cara ini amat membantu.
Mungkin timbul persoalan di kepala anda, macam mana aku boleh target begitu sekali, sampai juta-juta. Aku banyak bergaul dengan orang bisnes. Tidak kira sama ada dia bisnes besar ke bisnes kecil. Di sinilah ilmu aku dapat.Aku buat kajian walaupun tak formal. Aku letak dalam kepala aku.. dan aku tulis semua... so aku kaji sikit2...lama2 alhamdulillah... skrng pun masih mengkaji.... aku sentiasa merujuk ‘RP’ untuk setiap bidang perniagaan yang aku buat. Sebab itu aku tau apa yang aku nak buat. Aku tahu apa yang orang hendak. Selalulah buat kajian dan belajar. Anda takkan rugi..
Part 5
Bagaimana aku ‘menjual diri’
aku cuba pelbagai cara untuk menambah ilmu dalam bidang perniagaan. Antara yang aku buat ialah mengikuti kursus atau seminar usahawan. Semasa kursus aku sentiasa bertanya soalan sehinggakan penceramah mengenali aku kerana kerap datang dan memberi soalan yang dapat mengambil perhatian audian.
Satu tip yang bagus kalau anda mengikuti mana-mana kursus keusahawan atau seumpamanya, jangan malu untuk buat bising. Maksud aku dengan bertanya lebih detail sikit biarpun orang lain kata soalan kita agak bodoh-bodoh sikit. Dengan cara begini orang akan melihat kita. Masa rehat atau masa pulang berikan bisnes kad kita pada mereka. Kalau ada masa terluang cuba la sembang, berbincang dengan rakan-rakan kursus. Di sini kita dapat tahubisnes apa yang mereka buat dan dapat cedok ilmu dari mereka. Dengan ini network perniagaan pun terjalin.
Sebenarnya semua bisnes boleh jadi maju. Ia terpulang pada diri masing-masing. Setelah bergelumang dalam dunia perniagaan ini barulah aku sedar bahawa masalah utama adalah diri sendiri.sekali lagi aku ulang DIRI SENDIRI! Untuk maju atau tidak bergantung pada diri kita.
Pastikan jangan terlalu ambik risiko yg besar kalau kita baru berkecimpung. Tapi pastikan kita sanggup hadapi risiko sekiranya ia mendatang. Bak kata pepatah yang aku cipta, KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK... JANGAN BERMAIN OMBAK...
Di sini aku beritahu korang semua, aku amat berminat dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang nak berkongsi ilmu dengan aku. Sebagai gambaran, kalau modal kecil aku bagi idea yang kecil dulu kemudian bertambah besar dan besar. Kalau modal besar aku boleh bagi idea yang besar dengan bentuk untung sekali. Hehe..tapi korang kena belanja aku kapucino atau mocca siap dengan tomyam sekali..haha..
Aku juga banyak berbincang dalam forum cari.com. Boleh dikatakan menjadi rujukan aku, memberi semangat disaat aku ‘down’. Sokongan dari forumer membantu aku menjadi lebih yakin dan bersemangat walaupun aku tak tonjolkan sangat bisnes aku kat sini.
Mengenai forum ni saranan aku kalau anda ada masa, buatlah perjumpaan sesama forumer. Pengalaman aku ada beberapa forumer yang memang aku berterima kasih kerana banyak menolong aku untuk bangkit semula dari kejatuhan yang lalu. Terima kasih kawan..hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.aku amat menghargai. Aku bersedia untuk membantu korang semua mengikut kemampuan aku.
Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini bisnes printing aku beroperasi di kelantan. Sekarang kedai printing di kelantan ditutup dan di pindahkan ke Kuala Lumpur. Semua partner dan pekerja turut berpindah. Tujuannya adalah untuk memudahkan pemantauan. Kedai di Kelantan akan jadi pemborong pakaian untuk bulan puasa ni disamping pemborong barang-barang yang lain. Idea yang dapat dari forum akan di realisasikan di sana. Sebelum terlupa, aku memerlukan seorang grafik designer. Siapa yang ada kepakaran boleh hubungi aku.
part 6
Alhamdulillah syukur pada Allah, dalam masa beberapa bulan sahaja bisnes aku berkembang. Walaupun tidak begitu pesat aku tetap bangga kerana dalam masa yang singkat itu aku dapat kembalikan kekuatan dalam diri aku. ------------tengah edit.
aku letak lagi.. kucar kacir ni..
Dalam ketika aku masih belum merasa apa2 keuntungan dlm perniagaan.. aku suka mempengaruhi orang lain supaya membina bisnes.. yang sebenarnya aku ingin mereka bekerjasama dengan aku.. aku yakin kalau aku berseorangan idea aku tidak akan kemana2.. orng pertama yg resign kerja adalah anak sedara aku sendiri… aku jadikan ia partner aku..
Dengan umur yang terlalu muda.. dia berani resign.. dan sudah tentu dimarahi oleh ibubapanya.. dia bernasib baik kedua orng tuanya terpaksa menerima pilihan utk hidup …
Dengan itu lah kami berdua melakukan usaha yang terbaik .. usaha untuk melonjakkan perniagaan yang kami jalankan… tp kami menerima nasib malang lagi.. bukan setakat awan mendung.. tp rebut taufan….
Kami ada berselisih faham.. tapi kami anggap carik2 bulu ayam.. itu lah menyebabkan kami masih bersama.. kekuatan yg dibina tidak mudah untuk dipecahkan.
Part seterusnya.
Ketika aku di uptown danau kota… ketika itu masalah yg besar melanda aku.. aku hantar bini aku ke rumah ibunya.. aku tak mampu nak sara sepenuhnya… untuk sewa rumah aku tak mampu.. aku hanya mencari rezeki sesuap nasi dan susu untuk anak2.. memang aku tak mampu…
Ketika itu aku berterima kasih terbanyak utk kawan aku yang sudi menolong aku .. aku tumpang tinggal di rumah dia di greenwood.. dan dalam masa yang sama beliau menjadi rakan kongsi aku… seorang pemuda yang sangat baik dan berwawasan ..
Ketika itulah aku tak mampu membayar bulanan kereta aku.. selama 4 bulan tak bayar.. waran tarik dah dikeluarkan oleh pihak bank… idup aku dalam ketakutan.. ye laa.. kereta nak kena tarik sape tak takut.. dah laa tak de money utk settlekan..
Sebenarnya dalam keadaaan ini aku dah berpeluang utk lonjakkan perniagaan aku.. Cuma aku tak punyai kewangan yang kukuh.. peluang dah ada.. dah Nampak.. aku tetap bersabar.. berbincang dengan kawan aku..
Dengan bermodalkan sedikit yang tak tau amik dari mana.. huhuhu.. aku beli barang2 di chowkit.. untuk jualan di uptown… utk pengatahuan – aku hanya menumpang meja di tapak kawan aku. Byr pd dia rm5-10 satu malam.. rezeki dapat laa dalam 20-50rm tiap2 malam.. biasanya malam minggu dapat rm50.. malam2 biasa kekadang dapat rm5 .. nasib masa tu kawan aku masih bekerja.. dpt jgk laa beli lauk masak2 kat rumah..
Dapat rm20 satu malam sudah membuatkan kami gembira.. hasil titik peluh… “tempat yg jatuh lagi dikenang “ …
Secara ringkasnya aku “merampas” tapak itu dari kawan aku.. dia sudah tidak mampu meniaga disitu.. aku beli tapak itu sebanyak rm11ribu…
Sambungan -----------
..........................
Aku sayang isteri aku.. dia sanggup bekorban demi perniagaan aku.. dia sanggup tidak bekerja utk jaga anak..dia sanggup terima tohmahan sebab takbekerja..sedangkan dia ada degree yg tinggi…
Yesss!!! Tentu sekali “tercedera” perasaan dan pemikiran.. itu bukan mematahkan semangat aku… walaupun aku pernah menangis teresak2 kerana ditegur oleh ibu aku..supaya aku menyambung pelajaran dan berhenti berniaga… aku sebak.. mmg aku sebak.. aku tak mampu kawal perasaan ketika itu.. ibu aku tak tau yg aku menangis dlm bilik.. mcm budak2… bila aku keluar bilik ibu aku terperasan yg aku baru lepas menangis..
Dan aku menangis sekali lagi dihadapan beliau..meminta izin membenarkan aku berniaga… ternyata beliau Nampak kesungguhan aku.. beliau berbincang dengan bapak aku.. yesssssssssss.. Alhamdulillah..mereka membenarkan….
Skrng aku disini dengan redho mereka berdua walaupun mereka berdua sudah berada di taman2 syurga ALLAH…
Aku masih merasakan bagaimana ingin memperkukuhkan kewangan.. kereta sudah ditarik oleh pihak bank… nama sudah black list… loan bank 8k pun tak leh nak byr.. sempat bayar 2k sahaja..selainya diblackliskkan oleh bank..
Aku tak layak lagi utk mohon pinjaman… sudah tentu rakan2 lain pun berwaspada utk memberi hutang… adik beradik pun sudah abis modal utk bantu..mereka pun perlu hidup jugak..
3 kali aku jatuh… danbeberapa kali aku cuba bangun…. Yessssssssssss…. Aku sudah bangun skrng… Alhamdulillah..
“ tanpa pengorbanan manusia tidak akan mendapat apa yang dihajati”
Kerana kesungguhan juga… aku berwaspada.. aku perlu menjaga repotasi aku sebagai usahawan.. dan sebagai manusia… aku ingin jadi manusia berguna.. kepada diri, keluarga dan masyarakat…
Dan sudah tentu sebagai manusia.. aku masih melakukan kesilapan.. demi kesilapan.. dan pada satu ketika aku dituduh menipu orang.. masyaALLAH.. aku tak persalahkan mereka yang menuduh..mungkin kelakuan aku itu patut dituduh.. aku tak mampu bayar hutang mereka.. kerana perniagaan aku tersekat.. aku hanya dapat dan mampu “kais pagi makan pagi” sahaja..
Hamper semua orng tidak tau aku sedang mengalami kejatuhan… sebab aku tidak pernah membongkarkan rahsia itu.. aku tetap Nampak bertenaga.. aku tak pernah menampakkan aku sedang mengalami “sakit jiwa” … aku tetap kuat.. kuat utk bangun.. hanya beberpa orng terdekat saje tau…
Bersambung lagi…-------------
aku tak benarkan diri aku dibelengu putus asa… walaupun aku dah terputus beberapa orng kawan.. aku pasti akan hidup lagi.. aku mencari idea.. idea yang tak putus putus.. aku kumpulkan idea itu dalam satu buku.. walaupun Nampak berterabur.. namum aku memahaminya…
nah! Ternyata sebahagian besarnya terlaksana sekarang..… aku bangga… masih ada insan insan yang sanggup menolong aku… tima kasih
cerita aku ke china dengan satu rombongan kerajaan negeri Kelantan… Alhamdulillah.. ia sangat berbaloi.. tima kasih ALLAH… aku kesana dengan misi yang sangat baik.. tp sampai sana aku blur… tak tau nak bisnes apa.. aku hanya amik pakaian yang aku bisnes skrng…
aku berjumpa dengan otai melayu kat sana… yang mempunyai sejarah yang hebat sehingga menjadi jutawan.. aku telah nobatkan nya sabagai sifoo aku..
selama 30 min aku bercakap dengan dia.. aku Nampak kehebatan beliau.. satu pesan yang sngat berguna pada aku “ kalau ko nak bisnes di china ko jangan datang sekali.. ko perlu dating berkali kali” aku pegang kata2 beliau.. sehinga skrng aku sudah 4 thn berurusan di china…
aku masih belum punyai modal yang selayaknya… tp aku tak perlu tunggu menjadi layak baru aku bertidak..
“sesuatu itu tidak akan sempurna sekiranya tanpa tindakan” ..
Aku buat aku buat aku buat… ternyata ia berkesan..
Aku berpegang dengan kata kata “ IF U ARE NOT NETWORKING, YOU ARE NOT WORKING . betul kata2 ini..
Aku jadikan dunia perniagaan adalah perjuangan aku.. darah daging aku… jangan sesekali menghalang… tanyalah bini aku.. apa yang aku lakukan sekiranya dia seolah2 menghalang tindakan aku…
akan bersambung lagi..
kekuatan yang ada pada usahawan.. adalah kekuatan networking.
..........................
SEKIAN lama aku berusaha.. aku tetap berusaha.. bagi aku.. kejayaan bukan satu destinasi..kejayaan adalah perjalanan..
aku masih berjalan.. sebab aku masih belum berjaya.. aku ingin berjaya seperti orng2 berjaya.. dengan wadah perjalanan aku sendiri..
satu permulaan yang baik aku sudah mempunyai satu kilang kecik di bangkok..yang dapat menghasilkan impian aku insyaALLAH... utk menubuhkan kilang sekecil ini pun melalui jalan2 yang sukar.. yang pasti aku bertindak ikut kemampuan yang aku anggarkan sahaja.. tanpa ada kemahuan pasti cita2 terkubur..
aku ingin menceritakan secara detail perjalanan aku sebagai usahawan kecil.. yang mampu dilakukan oleh orang2 lain secara pastinya...
aku bukan seorang jutawan.. tp aku ingin menjadi seorang jutawan.. dan aku pasti beranggapan bahawa aku akan menjadi jutawan.. yang paling penting.. jutawan yang beriman..
mungkin cerita kecil aku ini tidak memberi nafas yang baik kepada usahawan2 yang sudah berjaya.. tp sekurang2nya dapat membantu usahawan kecil yang lain . seiring dengan kemajuan teknologi skrng.. rugi kita lepaskan kemodenan skrng..
..........................
aku pernah menjual harta benda aku utk memulakan bisnes yang baru.. dan aku hampir2 menjual harta pusaka aku utk menjejak cita cita aku.. tp aku menangis teresak2 lagi.. kerana ditahan oleh abang aku.... aku dah tak ada sumber.. aku ingin mencari sumber.. tentu perasaan kita akan terhalang dengan tindakan itu..
bebreapa hari aku bersedih.. aku tau.. aku tak punyai apa2 harta simpanan utk hidup terus..tp aku ada "harta" diri utk melonjakkan lagi usaha...
aku berterima kasih kepada rakan2 dan sahabat2 yang membantu dari segi moral dan kewangan utk meneruskan perjalanan ini.. dan aku tidak akan sia2akan pertolongan kawan kawan.. pasti satu hari nanti aku akan bersedia untuk menolong mereka2 itu utk berjaya bersama.. walaupun aku kenali mereka di alam MAYA ini.. tp dasar keyakinan dan kepercayaan.. aku terharu.. tentu terharu.. ALLAH akan membalasnya dengan sebaik2 balasan..
aku pernah berselisih faham dengan rakan kongsi..tp perselisihan faham tersebut di atasi dengan sifat profasional.. alhamdulillah.. carik carik bulu ayam..
aku punyai rakan2 yg berwawasan begitu ramai.. aku hanya dapat bantu dari segi moral dan nasihat.. dan aku punyai adik beradik yang berdedikasi yang selalu memberi sokongan.. moral ataupun kewangan.. ternyata ia berhasil...
setiap kelemahan yang kita ada.. pastinya kita dapat atasi sebaik mungkin...
..........................
dengan pengalaman yang ada ini.. sekarang aku mempunyai 12 buah kedai.. dan 12 jenis produk.. akan ditambahlagi bebrapa produk..
untuk mencapai tahap ini.. bukannya mudah.. tp tidaklah sepayah yang disangka..
kekuatan kerjasama adalah memainkan peranan yang sangat penting..
tima kasih sahabat2 semua.. rakan kongsi.. yang membantu kita semua berada dikeadaan ini.. sudah tentu kita tidak selesa.. kita pasti mencari level tertinggi lagi
--------------------------
mungkin sebenarnya aku tidak boleh di belenggu, kebebasan yang aku inginkan dalam idup aku tidak benarkan di "rantai" .. kebebasan berfikir untuk memajukan diri akan aku kejar.. aku biarkan diri aku yang menguasai aku.. diri aku yg membebaskan aku.. diri aku yang sebenarnya2.. bukan orang lain yang tentukan kebebasan kehidupan..
maksud aku.. aku ingin "berjalan" dengan harapan yg beribu2 impian walaupun dengan penuh "angan2" ..
..........................
ada bebrapa masalah yang berlaku tatakala satu masalah timbul, maka 2-3 masalah lagi timbul.. inilah dipanggil ujian.. ujian utk terus melonjak naik terus kekemuncak... tima kasih "masalah" ..
pertama : satu business yg baru aku buat tidak berjaya dalam jangkaan.. agak "rugi" modal dan masa, ia menekan perasaan, sape cakap masalah tidak membebankan, oh~ tidak.. ia tetap membebankan tetapi adakah kita sanggup menanggung cara penyelesaiannya. ?.. ini lah yang bermain disekeliling usahawan dan bakal usahawan...
kedua : partner bisnes aku yang naik bersama menuju puncak memohon tarik diri dan ingin berdikari meneruskan bisnes.. 0h~ ia sangat memberi tekanan yang agak bertambah dalam tempoh ini.. pembahagian kedai-kedai terpaksa dilakukan dengan ikhlas walaupun ada sedikit kecil hati, tp itulah dinamakan manusia.. tanamkan seikhlas mungkin - semoga Allah mengampunkan dosa2..
aku teruskan jua dengan perancangan yang aku buat, aku tidak akan undur ke belakang semata2 masalah "sekecil" itu utk menafaatkan peluang yang sangat besar dihadapan..
alhamdulillah kerana kesabaran itu jua.. ALLAH telah membuka pintu rezekinya bersama "ujian" utk aku .. permohonan aku utk dapatkan suntikan modal dari pihak bank diluluskan sebanyak RM400k utk aku tambah produk dan perancangan aku lebih mudah utk dilaksanakan... target untuk menjadi jutawan semakin dekat.. insyaALLAH dengan keyakinan dan keutuhan pengorbanan ia akan berhasil dengan kerjsama sahabat sahabat semua...
kembali ke belakang cerita beberapa bulan yang lalu
merenung masa lalu.. peringkat pertama aku ingin memulakan bisnes pakaian muslimah sinar inspirasi sangat mendugakan.. dengan pembukaan kilang yg kecil dulu sehingga kini mampu melakukan kejutan.. dari kesilapan membeli kain, dari tak cukup modal nak beli mesin jahit, dari tukang jahit lari sebab putus stok dan mcm2 lagi kejadian berlaku ketika ingin memulakan pembikinan jenama SINAR INSPIRASI.. alhamdulillah ternyata ia sangat mengujakan apabila perkataan PUTUS ASA tidak diendahkan.. ku hambatnya sejerkah harimau.. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah .. Allah maha kaya dan maha pemurah. sehingga skrng aku telah mengeluarkan 60ribu helai baju muslimah
dan skrng aku sedang proses mengeluarkan sebanyak 50ribu helai dalam masa 2 bulan ini. semoga ia menjadi satu kebanggaan syarikat SINAR INSPIRASI NIAGA SDN BHD bersama partner dan pembantu..kami di uji bertalu2.. dan kami dipuji juga bertalu2..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
aku juga sering membaca buku2 motivasi usahawan dan motivasi diri utk menaikkan semangat utk terus bersungguh dalam usaha mengapai kejayaan.. walaupun buku buku hampir sama ulasannya tp yg pasti ia memberi semangat yang kuat.. diri kita perlu menerima perubahan.
YANG PASTI AKU JUGA PUNYAI KELEMAHAN KETARA .. DAN AKU JUGA PUNYAI IMPIAN YANG BESAR.. SEGALA KELEMAHAN KITA AKAN PERBAIKI DARI SEMASA KEMASA WALAUPUN IA TETAP MENJADI "MAINAN"
.............. BERSAMBUNG LAGI ............