Sunday, January 16, 2011

Semuanya Adalah Salah Saya!!!.....

Salam & hai semua,

Ini merupakan kali pertama saya menulis sesuatu menggunakan 'Notes' di Facebook, jadi saya berbesar hati untuk berkongsi sesuatu yang berguna buat anda semua.

Pada tahun 2011 ini, salah satu perkara yang kita perlu kita buat ialah berhenti daripada menyalahkan orang lain. Adalah lebih baik andaikata 2011 ini jika kita terlibat di dalam sesuatu perkara yang salah, kita hanya menyalahkan diri sendiri.

Saya sedar, majoriti rakyat Malaysia pada hari ini mempunyai hobi untuk menyalahkan orang lain. Malah ada yang lebih parah menyalahkan Pencipta setelah gagal dalam perkara yang mereka lakukan.

Dulu, saya juga sering menyalahkan orang lain di atas sesuatu kesalahan atau kegagalan yang berlaku. Kononnya, lega kerana dapat melepaskan diri daripada masalah. Namun, lama kelamaan saya sedar bahawa perbuatan ini merugikan saya kerana cuba lari daripada masalah.

Cukuplah.

Jangan lagi memberikan beberapa alasan yang cuba untuk menyalahkan orang lain seperti berikut:

1. Saya perlukan rakan bisnes yang lebih bagus.
2. Saya tidak cukup duit untuk melakukan yang terbaik.
3. Bos saya tidak mahu dengar apa yang cuba saya cakapkan.
4. Saya terlalu sibuk dengan projek itu dan ini.
5. Saya tidak cukup masa untuk buat itu dan ini.

dan banyak lagi. Semua ini adalah alasan untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab dan ia tidak memberi kesan positif kepada anda.

2011, jika anda ada buat sesuatu kesalah atau menghadapi sesuatu kegagalan, bertanggungjawablah 100% terhadap situasi tersebut.

Jika anda bertanggungjawab terhadap situasi tersebut, anda akan berubah menjadi insan yang lebih baik daripada semalam sekaligus bertepatan dengan apa yang Saidina Ali R.A katakan:

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."

Konklusinya, walaupun kegagalan itu sebenar-benarnya disebabkan oleh sesuatu perkara, cubalah untuk bertanggungjawab dengan situasi tersebut. Jika anda ingin jadi orang yang berjaya, there are no excuses. Katakan kepada diri anda, "It's all my fault".

Salam hormat,

Adly a.k.a Labanon,

Co-Founder Flarebiz Network,

www.Flarebiz.com

No comments:

Post a Comment