Wednesday, January 5, 2011

Bagaimana Memenangi Persaingan Harga?

Bagaimana Memenangi Persaingan Harga?

Semasa mempelajari subjek Ekonomi Asas, anda mesti mempelajari satu teori yang dinamakan Teori Permintaan. Teori permintaan menyatakan bahawa permintaan berkadaran songsang dengan harga; lebih rendah kadar harga lebih tinggi kadar permintaan. Malangnya lebih rendah harga lebih rendahlah margin keuntungan anda.



Kalau semua syarikat dalam bidang anda mengadakan perang harga, pada akhirnya, setiap syarikat memperolehi keuntungan yang sangat sedikit, dan hampir-hampir tiada keuntungan langsung. Persaingan sebegini amat berbahaya dan menyakitkan setiap syarikat dalam industri. Bagaimana hendak memenangi persaingan harga?



Jawapan kepada persoalan bagaimana memenangi persaingan harga adalah- elakkannya. Ada dua jalan untuk memenangi persaingan tanpa perlu mengadakan perang harga. Yang pertama adalah melalui teknik marketing yang bijak dan yang kedua melalui khidmat pelanggan. Di sini saya ingin memberi fokus terhadap khidmat pelanggan.



Cara yang praktikal melalui teknik khidmat pelanggan adalah memberi lebih banyak nilai kepada pelanggan berbanding syarikat-syarikat yang bersaing dari segi harga. Bina reputasi anda dengan mendidik, memberi maklumat, memotivasikan pelanggan anda. Hasilnya, mereka akan sentiasa memikirkan syarikat anda apabila mereka ingin membeli.



Berikut adalah teknik-teknik mudah bagaimana memberikan lebih nilai kepada pelanggan melalui post di dalam website, e-mel, newsletter, sertakan dalam produk dan sebagainya:

1. Salun rambut memberi tips mengelakkan rambut terbelah.

2. Kedai aksesori kereta memberi tips mengekalkan kilatan sport rim.

3. Syarikat latihan memberi artikel-artikel motivasi terbaru.

4. Ejensi saham amanah memberi kajian terbaru pasaran saham.

5. Syarikat perisian anti virus memberi tips menyimpan fail-fail penting.



Langkah-langkah yang perlu diambil

Berikan maklumat tentang perkara-perkara berikut:

1. Tips-tips untuk mendapatkan pulangan terbaik daripada pembelian.

2. Kesilapan biasa semasa menggunakan produk.

3. Contoh-contoh hasil produk anda berdasarkan kreativiti klien yang telah menggunakan produk anda.

4. Penambahbaikan, perkembangan serta perubahan syarikat anda. Ceritakan perkara ini dan kaitkannya dengan komitmen anda untuk kepuasan pelanggan.



Hantarkan maklumat-maklumat di atas secara berkala, bukannya sekaligus. Banyak syarikat-syarikat besar menggunakan strategi ini untuk memenangi hati pelanggan. Strategi ini membuatkan syarikat-syarikat berkenaan dekat di hati pelanggan. Anda tentu sekali boleh meneka apabila pelanggan ingin membeli, syarikat manakah yang bermain di fikiran pelanggan? Jawapannya syarikat yang sentiasa rapat dengan mereka.



Jangan kurangkan harga produk anda, sebaliknya tambahlah nilai pada perkhidmatan!

kredit to : Hilmi Isa penulis buku

No comments:

Post a Comment