Sunday, January 30, 2011

Aku dan Kamu Tidak Ingin Kecundang Lagi......

Setelah beberapa kali "kecundang" tapi masih boleh bertahan, seboleh bolehnya aku ingin mengelaknya berlaku lagi, aku ingin terus bergerak maju seiring dengan kerangka lakaran yang telah dibuat bersama rakan rakan,

Aku termotivasi dengan tindakan aku dan dibantu dengan sokongan semangat rakan rakan, yang pasti setiap hari aku memohon dengan ALLAH agar dipermudahkan usaha selepas ujianNYA yang hebat selayak dengan kemampuan hambaNya ini, kesilapan yang lepas harus ditinggalkan/
Seringkali aku menulis rancangan yang aku ingin lakukan, bilamana hampir siap aku teruja, sesungguhnya aku mengelak dari menjadi "tin kosong" , aku pasti lakukan, aku melakar angka yang aku mampu lakukan dalam masa tempoh yang sesuai, aku mengkaji seberapa baik, aku memohon bantuan rakan rakan yang juga "pejuang" sebenar dalam dunia arus keusahawanan, bantuan mereka bukan sedikit bermula dengan sokongan semangat dan kerjasama.


Persaingan semakin membesar, sekiranya ia masih dalam persaingan kita perlu lebih kreatif dan inovatif, perlu memenangi "peperangan" ini, walaupun kita tidak ingin berperang tetapi kita perlu mempertahankan diri dengan "senjata" yang lebih baik. kita tidak mengatahui senjata mereka gunakan sekiranya kita hanya bersangka baik, perlu kajian juga.

Walaupun "kecundang" dalam beberapa kes, tetapi "juara" dalam hal yang lain, aku dindingkan kelemahan dengan membuka kehebatan. terserlah kehebatan ini dengan kerjasama beberapa "pejuang hebat". kombinasi antara kehebatan bersama ia menjadi payung yang mampu berteduh dikala hujan yang lebat, apatah lagi kalau hujan renyai.

Urusan ini bukan berseorangan
, ia adalah asas networking dengan ramai masyarakat yang inginkan kejayaan walaupun ia nampak mudah tetapi ia mungkin sukar , ini bermakna mudah kepada yang berkeinginan, dan susah kepada yang ingin sahaja kemudahan. perlu berusaha dan bekorban masa dan keinginan lain.

perniagaan dengan sistem yang menarik tentu sekali menarik ramai orang yang ingin melakukan bersama, apabila kerjasama yang erat dan kajian yang terperinci dan saling menasihati dan memberi pandangan sudah tentu dengan kalimah insyaALLAH ia akan berjalan dengan lebih licin dan laju.

Dengan ini saya menjemput rakan rakan semua menganggotai group FB saya iaitu RAKAN NIAGA SINAR INSPIRASI, untuk menjadi DROPSHIPPER kami dengan gembiranya.

Anda TIDAK PERLU
  1. menyimpan stok
  2. membungkus
  3. pengeposan
  4. modal yang besar
  5. memikirkan kerugian modal
  6. dan banyak lagi
kerana itu semua kami akan buatkan bagi pihak anda...

Mudahkan? oh! tidak semudah yang anda sangka itu kerana ada beberapa lagi yang anda perlu lakukan



Anda PERLU BUAT

  1. Promosi
  2. cari pelanggan
  3. promosi
  4. dapatkan pelanggan
  5. promosi
  6. pelanggan buat bayaran
  7. buat tempahan dari kami
Oh, susah ke?.. tak larat ke? tak ada masa ke?, rumit ke?, menggangu ke?

sekiranya begitu tidak usah bersama kami, anda memang tidak layak.

jutaan terima kasih sekiranya anda berminat untuk bekerjasama dengan kami,

jom kita buat duit.

wassalam

www.inspirasimuslimah.com



Tuesday, January 25, 2011

‎13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

http://blog.uhs4all.ws/

Sunday, January 23, 2011

DROP SHIP - Sinar Inspirasi akan wujudkan Drop Ship kepada RAKAN NIAGA

INGIN BERNIAGA?

Ingin berniaga tapi tiada modal yang banyak?

Ingin cuba-cuba berniaga?

Ada modal tapi tidak tahu memulakan bisnes atau produk apa yang ingin dijual?

Mahukah anda berniaga tanpa modal yang besar dan tidak perlu mempunyai kedai atau menanggung stok?

Kami memperkenalkan konsep ‘Dropship’ kepada anda di mana anda berniaga tanpa memerlukan modal yang besar dan tidak perlu menyimpan stok.


APAKAH DROPSHIP?

‘Dropship’ adalah suatu kaedah atau jualan item dan hanya membayar pada barangan yang dijual.Ianya memberi keuntungan yang besar atas kaedah pengedaran yang lain, yang jelas anda tidak perlu menanggung item yang tidak terjual atau harus menghasilkan produk sendiri.

Dengan kata yang lebih mudah,anda menjual tanpa perlu menanggung stok dan tidak perlu mengeluarkan modal yang besar bahkan ada masan

ya anda berniaga tanpa modal!

BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?

Dropship berfungsi sangat mudah:

1 - Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers / website.

2 - Senarai item di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.

3 - Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka

kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.

4 - anda mendapat keuntungan dengan mudah!














KONSEP DROPSIP MELALUI GAMBARAJAH

Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda!

Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan - bergantung pada waktu yang anda gunakan.

Jika anda hanya mempunyai cadangan beberapa jam per minggu, anda masih boleh menikmati manfaat dari dropshipping untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kerana anda HANYA memerlukan beberapa jam per minggu dan tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang.

Anda kemudian akan mampu mendedikasikan waktu anda untuk membina perniagaan anda mengikut kemahuan anda sendiri. Dan setelah anda merasa selesa dan yakin, anda mungkin memutuskan untuk menambah jajaran produk lain untuk perniagaan anda!

Salah satu tarikan dropshipping adalah anda tidak perlu memikirkan untuk membeli stok dan menyimpan stok. Anda hanya membayar kepada dropshipper untuk order pelanggan setelah pelanggan anda membayar kepada anda, dan kami akan menguruskan segala – galanya sehingga memastikannya sempurna.

APA YANG DITAWARKAN OLEH DROPSHIP?

Dropship menawarkan keuntungan sebagai berikut:

1) Anda tidak perlu stok persediaan sama sekali. Apabila anda menerima pesanan anda hanya perlu menempah dengan kami dan kami akan menghantar terus kepada pelanggan anda. Kami akan melakukan semua pembungkusan dan penghantaran untuk anda.

2) Rangka masa untuk tempahan sampai adalah 1~ 3 hari waktu bekerja.

3) anda akan dapat menambah semua detail produk kami ke website anda. gambar kami dan fail data yang akan membolehkan anda untuk mengimport semua produk kami. Anda boleh mencari senarai produk-produk kami dan semua gambar pada laman sokongan pelanggan-pelanggan kami.

4) Penghantaran kami adalah dalam MALAYSIA sahaja.

5) Semua urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia(RM).

6) Semua harga penghantaran kami dikira berdasarkan harga kos penghantaran termasuk 6% cukai kerajaan.

Sekiranya masih terdapat pertanyaan sila hubungi:

SINAR INSPIRASI NIAGA SDN BHD

3-26 PLAZA GM, LORONG HAJI TAIB 5,

JALAN RAJA LAUT,

50350 KUALA LUMPUR.

TEL: 03-4043 1192


join Rakan Niaga Sinar Inspirasi ( klik )

Customer Service

Peraturan 1.
Kenali Produk Anda Sedalam Mungkin

Anda tidak akan menjadi efektif dengan pelanggan anda jika anda TIDAK mempunyai pemahaman yang penuh terhadap produk anda & kebolehan anda.Tiada jalan singkat untuk anda Berjaya dengan mudah & dalam masa yang singkat.

Pelanggan hanya mahukan satu perkara.Mereka hanya mahukan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi dengan cepat & mudah.

Kebolehan anda untuk menyediakan satu penyelesaian kepada permasalahan pelanggan adalah sangat kritikal & perlu dititik beratkan.Disinilah bermula segalanya.Walau sehebat mana sekalipun produk yang anda tawarkan, khidmat pelanggan sebelum, semasa & selepas jualan adalah sangat penting kerana bukan sahaja menaikkan lagi kredibiliti anda malah merupakan salah satu kaedah promosi percuma paling senang.

Ok, realitinya sekarang adalah anda perlu menguasai produk anda – itu adalah paling asas dalam mana-mana perniagaan.Ia bukan sesuatu yang anda boleh abaikan kerana ini merupakan suatu perkara yang anda perlu mahir & capai.

“ Chase your product knowledge because it will pay dividens! “

======================================


Peraturan 2
Jangan Memburukkan Pesaing Anda

Boleh dikatakan dalam setiap industry atau bidang perniagaan mempunyai pesaing masing – masing yang tersendiri, termasuklah anda yang tidak terkecuali.

Setiap pesaing anda mempunyai sesuatu yang berbeza, cara yang berlainan, atau sebab musabab yang tersendiri.Dan disinilah anda perlu memainkan peranan untuk mengkaji/mengetahui produk pesaing anda disamping mempunyai cukup informasi/maklumat/kelebihan produk anda sendiri supaya anda dapat memasarkan produk anda dengan lebih lagi.

Anda perlu berfikir apa faedah/kelebihan produk anda daripada pesaing anda.

Tetapi perlu diingat bahawa anda tidak akan menang dengan pesaing anda jika melakukan perkara yang buruk! – Jangan Memburukkan Pesaing Anda.

Jika anda berjaya mendapatkan kontrak jualan/membekal produk, ini bermakna anda telah Berjaya menjual produk/perkhidmatan anda – Anda telah berjaya menjual diri anda! Perlu juga anda ingat bahawa pelanggan TIDAK akan membeli dari penjual yang TIDAK digemarinya.Ini adalah satu fakta & anda perlu mengambil berat mengenainya.

Fikirkan tentang ayat dibawah;
“ Bilakah kali terakhir anda membeli sesuatu dari seorang penjual yang anda tak suka? “

Perkhidmatan yang profesional memerlukan anda sentiasa berada pada tahap tertinggi.Anda perlu berkomunikasi dengan pelanggan anda tentang kelebihan/faedah produk anda tanpa mengutuk pesaing anda!

Saturday, January 22, 2011

Memberi Peluang - Bekerjasama

Aku mengalami kerugian akibat kelalaian yang tidak disengajakan atau mungkin disengajakan tanpa pengatahuan . Aku memperolehi modal beratus ribu RM tetapi aku lalai dan tamak sebelum itu menyebabkan hanya mampu membayar hutang . perniagaan yang bukan bidang aku telah aku ceburi, maka ia mengalami kerugian yang memang patut aku lalui

ia mengajar aku mengerti akan FOKUS. bidang perniagaan aku adalah PAKAIAN, aku telah memandai cuba ceburi diluar bidang. Yesss!!! itu kesilapan yang semestinya aku akui.

Dan ada beberapa masalah yang tidak disengajakan yang menyebabkan kerugian ini. Tetapi keyakinan masih membara kerana ia tetap mempunya NICHE tersendiri

walaupun perniagaan aku meningkat maju dan permintaan tidak pernah mengurang tetapi kerana hutang sebelum ini membelenggu perjalanan perniagaan aku.

overhead kos yang sangat tinggi menyebabkan keuntungan tidak seberapa. Kini aku mengerti dengan kedegilan aku sebelum ini membuatkan aku terfikir dan terdisiplin dengan sendirinya. Aku kecilkan kos overhead dan aku tingkatkan keuntungan margin.

semakin kecil kos overhead, dan semakin tinggi keuntungan menyebabkan aku sedikit bernyawa, dari situ juga aku membuat satu sistem yang agak terancang dan berdisiplin aturannya untuk terus berkembang pesat. Sistem yang lebih teratur ini membolehkan hasil jualan meningkat tinggi dari sebelumnya.

Keyakinan semakin membara, hanya menunggu stock yang mencukupi agar ia lebih berjalan lancar, wakil jualan menunggu masa aku mengumumkan pelancaran sistem terbaru ini, mereka tanpa risiko membolehkan keuntungan.

DROPSHIP adalah sistem yang aku gunakan, walaupun aku telah mempunyai wakil jualan yang ramai dengan bermodalkan sedikit sahaja sudah memadai alangkah hebatnya lagi mereka itu semua menggunakan cara jualan tanpa modal, hanya mengambil masa yang sedikit sahaja untuk menjual. cara yang bijak ini membolehkan wakil jualan membuat jualan melalui dua cara, iaitu online dan offline, keduanya menguntungkan malah mungkin tidak merugikan.

DROPSHIP dan KATALOG adalah asas yang sama, satu online satu lagi offline, cara ini berkesan dan tersusun. Sekarang hanya memerlukan modal secukupnya utk mengadakan stock yang tersedia.

wakil jualan stokis mencecah 87 orang semuanya, wakil jualan biasa mencecah 400 orang. mereka ini bersedia bila bila masa sahaja untuk bergerak menjual dengan jayanya.. mereka masih menunggu stok mencukupi.

masalah yang belaku terhadap aku mereka tidak ingin peduli, yang penting stok cukup mereka terus bergerak tanpa hentinya.. itulah hakikat sebenar.

Beberapa rakan lain ingin bekerjasama untuk menjayakan cara ini, keyakinan yang tinggi mengatasi ketakutan dan kekecewaan. Walaupun begitu aku perlu mencukupkan modal yang setimpal

Dan keyakinan juga 1000 agen jualan akan mendaftar pada tahun ini, cara promosi dan pemasaran sudah berjalan. Hanya menunggu masa sepatutnya

ADAKAH ANDA INGIN MEMBANTU SAYA, kita bekerjsama dalam bidang ini. WIN WIN SITUATION

utk mengatahui lebih lanjut boleh hubungi saya

proposal akan diketengahkan

sidry@sinarinspirasi.com
012-9085066

Thursday, January 20, 2011

Kekadang Minat tidak Mendatangkan hasil

lumba lari adalah satu sukan yang kita kita sukai dan minati, tetapi sering kali kalah dalam pertandingan kerena kekuatan larian kita tidak sekuat pesaing lain, mungkin kerana fizikal yang lemah atau sebagainya yang pasti kita tidak akan menang dalam perlawanan yang selalu kita masuki,


bola sepak adalah sukan yang kurang digemari tetapi kita lebih cekap dari ramai orng lain dan kadangkala kehebatan skill kita setanding dengan pemain profasional, tapi sayang kita kurang minat


sukan lumba lari adalah kegemaran dan minat mendalam :- selalu kalah kerana beberapa kelemahan walaupun perbaiki


bola sepak kurang diminati dan bermain ala kadar :- skill yang tinggi dan gaya profasional


begitu juga perniagaan, tidak semestinya apa yang kita minat itu akan memberi pulangan yang setimpal, dan yang kurang kita minati itu mungkin lebih menjamin pendapatan


masa masih boleh berfikir dan bertukar salah satu. minat boleh diperdalamkan sekiranya berbaloiiiiiiiii


sekadar itu dulu.. tima kasih


p/s :sekadar pandangan terlintas.. anda boleh perbetulkan sekiranya salah.. tima kasih

Wednesday, January 19, 2011

Mukjizatnya Azan



Pesanan Semasa Mendengar Azan...


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "
Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,

tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

-----terfikir sejenak-----

Tuesday, January 18, 2011

Ego Aku Terkulai Akhirnya ...

Bermulanya aku mengenali facebook dari seorang kenalan yang mempelawa aku join facebook, katanya fb lebih "havoc" dari laman sosial lain, ternyata ia benar, tidak rugi aku menjoinkan diri untuk berkenalan dengan fb.

oleh kerana database email aku ramai, secara tidak langsung menginvite rakan2 lain menjadi kawan aku dalam fb. Di sini bermula aku melangkah lebih jauh dalam bidang perbincangan dalam dunia bisnes menerusi dunia tanpa sempadan. Sebelum ini aku hanya berbincang di forum yang disediakan oleh pemilik website atau lama sosial tempatan.

ramai kawan2 terdahulu dengan lebih jelas dan cepat lagi mengetahui penulisan ringkas aku di dunia online, aku nisbahkan tulisan seperti perbualan aku secara offline kerana mmg aku suka "berbual" sehingga kering tekak :)

ada seorang hamba Allah yang tak berapa hensem pada pandangan musuhnya telah memperkenalkan aku kepada seseorang "kanak kanak" yang "kononnya" hebat dalam dunia IT atau Ecommerce , maka aku pun terlupa samada aku add friend dia atau dia yang add aku, tp skrng dah jadi friend :)

kata kawan aku itu budak ini ada buat satu sistem yang bagus utk menjual produk fizikal menerusi online, jadi aku melihatlah hasil kerja budak ini, dalam benak fikiran aku tidak menerimanya kerana tak perlu kepada sistem seperti ini sebab dengan cara aku buat skrng pun tetap berbaloi malah tidak "dan tangan" .

oleh kerana beliau aku anggap seperti kanak kanak maka ego aku makin membesar, apa tidaknya dunia internet yang dikenali aku pada tahun 1996 dulu adalah satu ke"darat"an bagi beliau.. ketika itu hingus pun masih dilap dengan lengan tangan. :) ( maaf)
ada satu ketika aku chatting dengan budak ini, beberapa kali ia telah menjemput aku menggunakan sistem yang direkanya, utk mengambil hati beliau aku memberi jaminan yang aku akan guna satu hari nanti, padahal didalam hati aku masih mengatakan tidak memerlukannya. tahu tak kenapa? sebenarnya aku masih "darat" ketika itu.

beberapa kali ia menyakinkan aku.. tp aku tetap berdegil sehingga pada satu hari kawan aku buat pertemuan dengan budak ini. pertemuan ini diadakan di kota bharu sambil menjamu tomyam putih kegemaranku. beliau bersama rakan rakan niaga mereka , aku hanya berseorang diri .

natijah pertemuan itu menghasilkan satu idea yang menarik iaitu cara membantu usahawan diluar sana agar dapat menggunakan satu platfom online utk memasarkan produk, dan cara bagaimana utk mendapatkan produk fizikal

empat bulan lamanya selepas itu pertemuan kali kedua antara kami, saya melawat pejabat mereka di salah satu tmpt di setapak... disinilah ego aku mengalah, penerangan dengan jelas dari beliau dan aku terus yakin dan terus menerima "lamarannya" ..

ye sistem yang aku guna skrng dan laman web yang aku sediakan produk skrng dibuat oleh mereka mereka ini .. NIAGAKIT adalah terbaik buat masa skrng. itulah yang aku gunakan sehinggakan aku merasa bangga dengan menggunakannya dan aku sering mempelawa rakan2 lain agar memillikinya.

restoren yang sedap masakannya takkan kita tidak rekomen kepada rakan2 lain

dari situ juga lama2 kelamaan terbentuk satu idea utk dilaksanakan dan mmg telah terlaksana dan menjadi kebanggaan kami semua , iaitu AKADEMI USAHAWAN. melatih dan mengajar secara asas peserta utk menggunakan online sebagai salah satu tempat yang terpenting utk memasarkan produk dizaman ini.

dan "kanak kanak " itu adalah Adly Mukhtar yang dikenali sebagai Adly Flarebiz bersama rakan ownernya Zhafran

ye Adly Mukhtar adalah gurukku dan tidak salah aku menganggap ia sebagai sifoo ku dalam dunia online ini.
ada satu ketika beberapa bulan dulu aku bermalam di pejabat beliau hampir selama sebulan, aku membeli selimut tebal yang diberi nama toto dan semua peralatan mandian aku sediakan di pejabat beliau, semata mata untuk mendapatkan secebis ilmu yang semestinya aku perlu dalam hidup aku utk membangunkan bidang keusahawanan aku dalam dunia perniagaan menggunakan saluran tanpa sempadan ini ( online) itu pun hanya secebis saje yang dapat.. mmungkin tidak memberi kesan lagi. tp aku merasakan ia sudah terbaik bagi aku

ego aku buang sejauh sejauhnya. aku kalah.

alhamdulillah sekarang beliau dan rakan rakannya telah melangkah lebih jauh meninggalkan rakan rakan yang lain yang sewaktu dengannya sebelum ini.

ye untuk mendapatkan kejayaan ini kepada beliau, aku perhatikan dalam tempoh mengenalinya ternyata bukan semudah itu, aku pernah melihat beliau menitiskan airmata . itu sahaja

tunggu kegemparan beliau dan rakan rakannya beberapa bulan lagi.

tahniah



www.niagakit.com
www.komikniaga.com
www.majalahniaga.com


Sunday, January 16, 2011

Semuanya Adalah Salah Saya!!!.....

Salam & hai semua,

Ini merupakan kali pertama saya menulis sesuatu menggunakan 'Notes' di Facebook, jadi saya berbesar hati untuk berkongsi sesuatu yang berguna buat anda semua.

Pada tahun 2011 ini, salah satu perkara yang kita perlu kita buat ialah berhenti daripada menyalahkan orang lain. Adalah lebih baik andaikata 2011 ini jika kita terlibat di dalam sesuatu perkara yang salah, kita hanya menyalahkan diri sendiri.

Saya sedar, majoriti rakyat Malaysia pada hari ini mempunyai hobi untuk menyalahkan orang lain. Malah ada yang lebih parah menyalahkan Pencipta setelah gagal dalam perkara yang mereka lakukan.

Dulu, saya juga sering menyalahkan orang lain di atas sesuatu kesalahan atau kegagalan yang berlaku. Kononnya, lega kerana dapat melepaskan diri daripada masalah. Namun, lama kelamaan saya sedar bahawa perbuatan ini merugikan saya kerana cuba lari daripada masalah.

Cukuplah.

Jangan lagi memberikan beberapa alasan yang cuba untuk menyalahkan orang lain seperti berikut:

1. Saya perlukan rakan bisnes yang lebih bagus.
2. Saya tidak cukup duit untuk melakukan yang terbaik.
3. Bos saya tidak mahu dengar apa yang cuba saya cakapkan.
4. Saya terlalu sibuk dengan projek itu dan ini.
5. Saya tidak cukup masa untuk buat itu dan ini.

dan banyak lagi. Semua ini adalah alasan untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab dan ia tidak memberi kesan positif kepada anda.

2011, jika anda ada buat sesuatu kesalah atau menghadapi sesuatu kegagalan, bertanggungjawablah 100% terhadap situasi tersebut.

Jika anda bertanggungjawab terhadap situasi tersebut, anda akan berubah menjadi insan yang lebih baik daripada semalam sekaligus bertepatan dengan apa yang Saidina Ali R.A katakan:

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."

Konklusinya, walaupun kegagalan itu sebenar-benarnya disebabkan oleh sesuatu perkara, cubalah untuk bertanggungjawab dengan situasi tersebut. Jika anda ingin jadi orang yang berjaya, there are no excuses. Katakan kepada diri anda, "It's all my fault".

Salam hormat,

Adly a.k.a Labanon,

Co-Founder Flarebiz Network,

www.Flarebiz.com

Wednesday, January 12, 2011

DESIGNER YANG BUKAN PEREKA FASHION, TETAPI........................

almaklum dikalangan rakan niaga yang rapat bahawasanya pemilik bajumuslimah sinar inspirasi adalah bukan designer.. dan tak tahu sangat fashion wanita.. alih2 menjual baju wanita yang berfashion... tetapi sambutan pilihan fashion kami adalah baik dan menyenangkan..

malah kritikan terhadap keluarannya pun bertubi2.. tetapi tetap sambutan tidak kurang.. bagaimana ia berlaku?

disini saya ingin nukilkan seringkas mungkin tetapi harapan semoga padat maknanya..

kami belajar dari sesuatu yang terdesak ketika itu.. kami tidak mengenali pun jenis benang dan jenis kain, dan kami tidak "bersekolah" pun tentang perkara itu, tetapi kami lakukan sehingga kami seolah olah pakar dalam perkara ini,.. dan hasilnya tidak mengecewakan malah membanggakan.

kilang kami sekecil "gerai goreng pisang" iini dapat mengeluarkan baju yang sesuai utk dijadikan produk niagaan.. dengan tindakan luar kotak pemikiran biasa kami sebelum ni, kami bermula melihat design orng lain beberaa jenis, dan kami lakukan dengan "meniru" campuran beberapa jenis dengan menjadi satu.

itu salah satunya.. keduanya pula, dikota bangkok ini terkenal dengan fashion yang up to date, disini lah kami tidak lepaskan peluang yang hebat ini dengan menjadikan baju fashion terkini walaupun agak seksi tetapi kami jadikan ia sebagai "muslimah". harap faham maksud kami, setiap minggu design terbaru dikeluarkan oleh para designer siam utk dipasarkan diseluruh dunia, mereka tidak takut dengan persaingan global, semakin hari semakin membesar pasarannya.

kami merebut peluang di diberi "percuma" ini tatakala kami kekeringan idea utk mereka sendiri design.. tangan kaku dan juga kaki pun begitu.. tukang jahit yang buat salah kami tidak tau sebelum ini, tetapi skrng kami tau menegurnya.. yang pasti jika tukar jahit itu menyuruh kami menjahit sudah pasti tangan kami yang dijahit, :)

kami ada berpuluh-puluh malah mungkin akan bertambah lebih byk design fashion terkini yang akan dipasarkan tak lama lagi.. kami berani dan kami yakin fashion yang kami akan paparkan nanti kepada semua orng utk memilikinya dan untuk menjadikan ia satu sumber pendapatan ramai orang.. lantikan agen dan pengedar akan dibuka lebih baik dan tersusun tak lama lagi.... insyaALLAH

saya akan bersambung lagi selepas pegi beli kain dulu... design terkini muslimah kanak2 akan keluar.. dan juga seluar utk ofis bagi wanita..

diantara produk yang SINAR INSPIRASI telah dan akan keluarkan adalah



1. tshirt muslimah
2. kemeja muslimah
3. seluar muslimah utk ke pejabat
4. tshirt muslimah sukan
5. baju mandi muslimah



begitujuga SINAR INSPIRASI akan keluarkan produk yang bukan berkenaan muslimah antaranya



1. hiasa rumah seperti lampu hiasan
2. aksesori wanita yang terkini
3. tudung yang terkini
4. wangian diri dan kediaman
5. dan difikirkan sekiranya di beri cadangan dari rakan2

semua kakitangan kami bukan lahir dari pereke fashion maupun peminat fashion terkini, tetapi minat yang mendalam dalam dunia bisnes, peringkat pertama kami hanya "bedal" saje apa bisnes yang depan mata sehinggakan kerugian beratus ribu ringgit.

bergitu juga kami memulakan kilang kami di bangkok, kami sendiri tidak percaya mencapai setahap ini dan mungkin lebih membesar dimasa hadapan dengan perangcangan yang kuat walaupun ujian begitu handal untuk ditewaskan, kami tetap kebal perasaan utk melawannya walaupun "airmata" mencurah curah keluar.

tahukah anda, bermulanya kami menyewa satu gudang disini utk dijadikan kilang menjahit pakaian ini dengan penuh dugaan?.. pasti anda tidak tau sekiranya kami tidak menyatakan

tiga bulan pertama sewaan hanya mampu kami tido dibawah tangga dengan beralaskan kain dan bantal bucuk.. kami memulakan langkah pertama menyewa tanpa modal yang besar, kemampuan kami hanya membayar wang pendahuluan sewa, dan tidak mampu utk memiliki beberapa jenis mesin jahit.

tahukah anda bahawa kami telah rugi perpuluh ribu ringgit di sini kerana "tamak".. dan sesuatu yang baik utk anda ketahui bahawa kami bukan kaki sosial dan perempuan walaupun kami berhadapan dengan situasi ini.. sesungguhnya kota bangkok adalah syurga utk itu.. alhamdulillah kami tidak tempias pun.

kami tamak untuk menjual, ku sangka hujan hingga ke petang tetapi tak hujan hujan pun. kami membeli kain jenis lacoste utk dibuat baju tshirt, dan kain itu juga dipasarkan di kelantan, baju tak menjadi dan kain lesap begitu tanpa bayaran yang kami dapat, berbelas ribu juga kain sahaja.

dan sekali lagi kami terkena buatan sendiri, kami meng"oder" kain yang hampir jenis sama, tp tempahan kami hampa, wang deposit hangus tanpa dapat kain tersebut kerana ketika itu kami kekurangan modal untuk membayarnya.

ada satu kerugian yang amat besar, sehinggakan hampir beratus ribu ringgit. tp saya tak akan bercerita panjang tentang ini kerana agak rumit utk menerangkannya menggunakan bahasa tulisan, hanya kami memahami dengan jelas bersulamkan airmata.

kami tahu, kritikan pedas dari orng luar dan orng dalam terhadap kami walaupun dalam masa yang sama pujian melambung dari segenap sudut, kedua2nya kami menerima sebagai semangat utk kami terus "berjuang" mempertahankan usaha kami.. kami begitu yakin yang kami akan berjaya satu hari nanti dengan cara kami dan hasil dari pengalaman mengatasi kemelut yang berlaku,

setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, dan kami yakin dan percaya ALLAH itu adil. dan kami telah merasainya samada baik atau ujian. kenapa kami mengalami kerugian?.. bagi kami ALLAH membalas kepada kami kerana kami tidak berfikir panjang dan membuat kajian walaupun kami sudah membuat keputusan untuk melakukannya. kesalahan kami itu sudah di"hadiah"kan oleh ALLAH. namun Dia tidak memberinya dengan sia sia, malah fikiran yang baik ini telah dibuka olehNYA utk lebih berbakti pada diri dan sekeliling.

beberapa kilang yang besar dan gah serta pasaran seluruh dunia telah kami jadikan kawan baik. ilmu darinya kami gunakan berperingkat. mereka baik orngnya..

kami lebih berhati2 melakukan sesuatu.. dan sekarang kami telah bertemu satu "berlian" yang cantik.

www.insirasimuslimah.com

Wednesday, January 5, 2011

Bagaimana Memenangi Persaingan Harga?

Bagaimana Memenangi Persaingan Harga?

Semasa mempelajari subjek Ekonomi Asas, anda mesti mempelajari satu teori yang dinamakan Teori Permintaan. Teori permintaan menyatakan bahawa permintaan berkadaran songsang dengan harga; lebih rendah kadar harga lebih tinggi kadar permintaan. Malangnya lebih rendah harga lebih rendahlah margin keuntungan anda.



Kalau semua syarikat dalam bidang anda mengadakan perang harga, pada akhirnya, setiap syarikat memperolehi keuntungan yang sangat sedikit, dan hampir-hampir tiada keuntungan langsung. Persaingan sebegini amat berbahaya dan menyakitkan setiap syarikat dalam industri. Bagaimana hendak memenangi persaingan harga?



Jawapan kepada persoalan bagaimana memenangi persaingan harga adalah- elakkannya. Ada dua jalan untuk memenangi persaingan tanpa perlu mengadakan perang harga. Yang pertama adalah melalui teknik marketing yang bijak dan yang kedua melalui khidmat pelanggan. Di sini saya ingin memberi fokus terhadap khidmat pelanggan.



Cara yang praktikal melalui teknik khidmat pelanggan adalah memberi lebih banyak nilai kepada pelanggan berbanding syarikat-syarikat yang bersaing dari segi harga. Bina reputasi anda dengan mendidik, memberi maklumat, memotivasikan pelanggan anda. Hasilnya, mereka akan sentiasa memikirkan syarikat anda apabila mereka ingin membeli.



Berikut adalah teknik-teknik mudah bagaimana memberikan lebih nilai kepada pelanggan melalui post di dalam website, e-mel, newsletter, sertakan dalam produk dan sebagainya:

1. Salun rambut memberi tips mengelakkan rambut terbelah.

2. Kedai aksesori kereta memberi tips mengekalkan kilatan sport rim.

3. Syarikat latihan memberi artikel-artikel motivasi terbaru.

4. Ejensi saham amanah memberi kajian terbaru pasaran saham.

5. Syarikat perisian anti virus memberi tips menyimpan fail-fail penting.



Langkah-langkah yang perlu diambil

Berikan maklumat tentang perkara-perkara berikut:

1. Tips-tips untuk mendapatkan pulangan terbaik daripada pembelian.

2. Kesilapan biasa semasa menggunakan produk.

3. Contoh-contoh hasil produk anda berdasarkan kreativiti klien yang telah menggunakan produk anda.

4. Penambahbaikan, perkembangan serta perubahan syarikat anda. Ceritakan perkara ini dan kaitkannya dengan komitmen anda untuk kepuasan pelanggan.



Hantarkan maklumat-maklumat di atas secara berkala, bukannya sekaligus. Banyak syarikat-syarikat besar menggunakan strategi ini untuk memenangi hati pelanggan. Strategi ini membuatkan syarikat-syarikat berkenaan dekat di hati pelanggan. Anda tentu sekali boleh meneka apabila pelanggan ingin membeli, syarikat manakah yang bermain di fikiran pelanggan? Jawapannya syarikat yang sentiasa rapat dengan mereka.



Jangan kurangkan harga produk anda, sebaliknya tambahlah nilai pada perkhidmatan!

kredit to : Hilmi Isa penulis buku